Harian Metro

Pulih hubungan ekonomi Malaysia, AS

-

Kuala Lumpur: Malaysia akan memulihkan semula hubungan ekonomi dan perdaganga­n dengan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat sedikit renggang selepas perubahan pentadbira­n di negara berkenaan bermula awal tahun ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hubungan ekonomi antara pemimpin tertinggi Malaysia dan AS dilihat amat akrab sebelum ini namun selepas berlakunya perubahan pentadbira­n di negara berkenaan, ia dilihat sedikit renggang.

“Memang benar hubungan ekonomi antara Malaysia dan AS agak terpisah sedikit kerana perubahan pentadbira­n di sana. Namun kita sedang mencari jalan untuk membina semula hubungan ini,” katanya pada majlis Sambutan Hari Raya MITI dan Agensi Bersama Sektor Swasta 2017, di sini, semalam.

Menurutnya, AS adalah antara rakan dagang penting untuk Malaysia dengan sumbangan pelaburan yang signifikan di Malaysia.

“Syarikat AS yang beroperasi di Malaysia menawarkan 200,000 peluang pekerjaaan dan ia adalah satu sumbangan besar daripada aspek ekonomi dan pelaburan.

“AS juga menjadi rakan dagang ketiga terbesar Malaysia khususnya daripada industri elektrik dan elektronik,” katanya.

Mustapa berkata, pihaknya juga sedang meninjau peluang untuk mengadakan Perjanjian Rangka Kerja Perdaganga­n dan Pelaburan (TIFA) menjelang suku keempat tahun ini.

“Ini adalah antara usaha yang akan dilakukan bagi membina semula hubungan ekonomi antara Malaysia dan AS yang mana dilihat amat penting bagi pembanguna­n ekonomi kedua-dua negara,” katanya.

Pada tahun lalu, AS adalah antara sumber pelaburan asing utama di Malaysia dengan menyumbang RM36.2 bilion kepada jumlah FDI dengan tumpuan daripada syarikat dalam industri perkhidmat­an selain sektor elektrik dan elektronik, aeroangkas­a serta petrokimia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia