Harian Metro

42 peratus tempatan

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 MyIPO terima 23,403 permohonan harta intelek

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mencatatka­n 9,918 permohonan harta intelek tempatan iaitu 42 peratus daripada 23,403 permohonan diterima pada separuh pertama tahun ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan yakin jumlah berkenaan akan meningkat menjelang hujung tahun ini selaras aktiviti promosi dan khidmat na- sihat yang giat dijalankan.

Beliau berkata, perkembang­an landskap harta intelek masa kini memberikan impak besar dan ketara kepada dunia membabitka­n aspek kehidupan serta aktiviti dijalankan.

“MyIPO mengambil inisiatif mendekati usahawan menerusi program IP Easy bagi memudah cara pereka cipta.

“Program ini membantu usahawan memanfaatk­an peluang bagi mendapatka­n gambaran mengenai proses permohonan seterusnya memfailkan permohonan pendaftara­n harta intelek masing-masing,” katanya. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh pada majlis perasmian Majlis Anugerah Harta Intelek Negara

(AHIN) 2017 kali ke-12, di sini, semalam. Penganjura­n kali ini menyaksika­n 518 penyertaan diterima daripada sektor awam, swasta, institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar sekolah dan individu, sekali gus menjadikan ia tertinggi sejak penganjura­n kali pertama pada 2006.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali, Pengerusi MyIPO, Datuk Seri Abdul Manan Ismail dan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin.

Majlis itu menyaksika­n Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pingat emas bagi kategori organisasi, Pengurusan Harta Intelek Terbaik manakala Digital Durian Animation Studio Sdn Bhd, pengeluar kandungan Didi & Friends mendapat pingat emas untuk kategori Hakcipta.

 ??  ?? JAMIL (tengah) bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara, semalam.
JAMIL (tengah) bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia