Harian Metro

Modern Home Fair tawar 350 ruang pameran

-

BW Cyans Advertisin­g Sdn Bhd (BW Cyans), penganjur Modern Home Fair iaitu pameran kediaman yang akan berlangsun­g 21 hingga 23 Julai ini menawarkan sehingga 350 ruang pameran untuk pengunjung.

Pengarahny­a Kingsley Yong berkata, pameran ini kali ke-38 penganjura­nnya memberi peluang kepada pengunjung memilih pelbagai produk kediaman terbaru pada harga menarik.

“Pameran kali ini diadakan di Dewan 1 hingga 3 Pusat Pameran Mid Valley.

Ia dibuka bermula jam 10.30 pagi hingga 9 malam secara percuma,” katanya.

Menurutnya, pameran kali ini menawarkan pelbagai produk kediaman daripada jenama terkemuka, selain pilihan pengeluar produk yang mampu menawarkan harga lebih rendah.

“Antara jenama yang mengambil bahagian adalah Thin & Bold, Sharp, Legend Home, Unico Design, View-In Cabinet, Velo Kitchen, Crown Furniture, ANZ Home, MFO, Red Apple, Mixbox, Solotti, Hatch, Mr Pelli, Milargo dan Omoza.

“Selain itu, turut serta dalam pameran ini adalah Kingkoil, Dunlopillo, Sweetdream, Getha, Aerofoam, Dreamland, Masterfoam, LG Global, World Bath, Maxim Bath, New Edge, THC Metal, Top Security Door, Floor Depot, Alphamax, Nesh, LEC, Sugawa, Sincerol, Ameryllo Security System dan Skill Terminate,” katanya.

Menurutnya, pengunjung perlu mengambil peluang mengunjung­i pameran ini kerana ia menawarkan penjimatan berganda kepada pemilik kediaman.

Pameran ini turut menawarkan cabutan bertuah kepada pengunjung yang berbelanja RM500 ke atas berpeluang mendapatka­n produk lain pada harga rendah. Untuk maklumat lanjut layari, www.bwcyans.com atau kunjungi Facebook modernhome­fair.

 ??  ?? YONG
YONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia