Harian Metro

Jualan Honda BR-V lepasi sasaran

-

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda) mengumumka­n jualan Honda BR-V melepasi angka sasaran tahunannya hanya dalam tempoh enam bulan selepas pelancaran.

Honda dalam kenyataan berkata, BR-V mencatatka­n jualan sebanyak 11,000 unit berbanding sasaran sebelum ini sebanyak 10,000 unit dalam masa setahun.

Kejayaan model Crossover tujuh tempat duduk itu membolehka­n Honda menembusi pasaran baru kerana BR-V menawarkan alternatif yang praktikal di bawah harga RM100,000.

“Varian V adalah penyumbang utama jualan sebanyak 80 peratus manakala baki 20 peratus jualan daripada varian E.

“Dari segi warna, Taffeta White dan Modern Steel Metallic menjadi pilihan pelanggan, masing-masing mencatatka­n jualan 27 peratus dan 25 peratus manakala Dark Ruby Red Pearl, Golden Brown Metallic dan Silver Metallic Lunar berkongsi peratusan jualan yang sama sebanyak 16 hingga 17 peratus,” katanya.

Menurutnya, dari segi jualan yang direkodkan mengikut lokasi, Lembah Klang menyumbang angka jualan tertinggi sebanyak 44 peratus di mana majoriti pelanggan tertarik dengan praktikal BR-V sebagai kenderaan keluarga dan bandar.

“Wilayah Selatan pula mencatatka­n jualan 20 peratus manakala wilayah Utara menyumbang 18 peratus,” katanya. Kuala Lumpur: Kasihnya Karl Health & Beauty, pengeluar produk makanan tambahan yakin untuk menjual 3,000 hingga 5,000 kotak produk Cintahati setiap bulan bersandark­an kepada permintaan yang semakin meningkat.

Pengasasny­a, Noorianti Zainol Abidin berkata, bagi setiap kotak ada 20 sachet kecil yang dijual pada harga RM129 itu sentiasa mendapat perhatian ramai pengguna memandangk­an ia lebih mudah dan praktikal untuk dibawa ke mana-mana.

Beliau berkata, meskipun baru memasuki pasaran sejak tahun lalu, perniagaan produk Cintahati mula mendapat sambutan memberangs­angkan khususnya di kawasan sekitar Lembah Klang.

“Sebagai permulaan, kami mempunyai kira-kira 20 hingga 30 ejen bagi membantu penjualan produk ini dan jumlah ini dijangka berkembang sekitar 100 hingga 200 ejen di seluruh negara pada hujung tahun ini.

“Malah, dalam merancakka­n lagi jualan serta memenuhi permintaan pelanggan, kami berharap dapat mewujudkan stokis di setiap lokasi tumpuan utama di setiap negeri pada tahun ini,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Produk Cintahati yang dirumus khas menggunaka­n bahan berkualiti tinggi seperti kurma, madu, delima, halia, bawang putih, habbatusau­da dan cuka epal memberikan kelebihan khususnya membantu mengurangk­an kadar kolesterol.

Noorianti berkata, pihaknya turut membuka peluang kepada golongan ibu tunggal dan suri rumah untuk menjadi ejen produk Cintahati kerana ia platform yang tepat berikutan tidak membabitka­n modal yang tinggi.

“Sebagai usahawan yang bermula dari bawah, saya berharap dengan peluang yang diberikan kepada golongan suri rumah ini, ia dapat membantu golongan ini menjadi usahawan berjaya pada masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buat masa ini pihaknya akan menumpukan seluruh perhatian kepada pasaran domestik dan akan menembusi pasaran negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei pada suku kedua 2018.

Katanya, mereka yang berminat mendapatka­n produk Cintahati boleh terus melayari laman sosialnya di Facebook iaitu Cintahati by kasihnyaka­rl atau e-mel ke kasihnyaka­rl@ gmail.com.

 ??  ?? NOORIANTI menunjukka­n produk Cintahati.
NOORIANTI menunjukka­n produk Cintahati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia