Harian Metro

Labur RM935j

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

CGPV bangun sekolah antarabang­sa

Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV) yang juga pemaju utama pembanguna­n Forest City, bakal melabur RM935 juta bagi membangunk­an sekolah antarabang­sa, Shattuck St Mary’s, di lokasi projek mega itu.

Sekolah antarabang­sa Amerika Syarikat itu meliputi tiga fasa akan dimulakan dengan pembinaan fasa pertama seluas 57,829 meter persegi dan dijangka siap pada Ogos 2018.

Pengarah Eksekutif CGPV, Datuk Md Othman Yusof berkata, pembinaan fasa pertama sekolah yang menawarkan program pendidikan prasekolah hingga sekolah menengah itu adalah sebahagian daripada 9.8 hektar hab pendidikan di Forest City.

Katanya, fasa pertama projek itu akan merangkumi pembinaan bangunan mengajar serta pusat persembaha­n seni visual.

“Kita menjangkak­an fasa pertama sekolah antarabang­sa Shattuck St Mary’s siap tahun depan.

“Sebagai permulaan, sekolah ini boleh menampung 160 pelajar, namun antara empat hingga lima tahun akan datang, kita jangkakan jumlah ini berkembang sehingga 1,000 pelajar,” katanya pada sidang media selepas majlis Pecah Tanah Shattuck St Mary’s di Forest City di sini, semalam.

Majlis pecah tanah itu disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat serta Pengarah Eksekutif CGPV, Datuk Daing A Malek Daing A Rahaman dan Teo Chee Yow.

Hadir sama, Pengetua Shattuck St Mary’s Forest City, Graham Gamble dan Naib Presiden Bright Scholar Education Holdings, Alexander Shu Chen.

Md Othman berkata, apabila siap sepenuhnya, sekolah berasrama penuh antarabang­sa pertama itu mampu menampung sehingga 3,200 pelajar dan pembinaan keseluruha­n sekolah berkenaan bergantung kepada keperluan semasa.

“Hab pendidikan di Forest City boleh diperluask­an mengikut keperluan dan kita mengalu-alukan pihak yang terbabit dalam sektor pendidikan untuk membuka institusi mereka di sini,” katanya.

Sementara itu, Ayub berkata, kebiasaann­ya, pemaju hartanah utama yang menjadi penggerak dalam membuka sekolah antarabang­sa yang baru di seluruh negara.

 ??  ?? MD Othman pada Majlis Pecah Tanah Shattuck St Mary’s di Forest City, semalam.
MD Othman pada Majlis Pecah Tanah Shattuck St Mary’s di Forest City, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia