Harian Metro

Speaker Parlimen suspek seleweng

- Agensi

Disyaki jadi dalang utama kerugian dana berjumlah RM7.41 bilion

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) menamakan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Setya Novanto sebagai suspek dalam kes penyelewen­gan dana kad pengenalan elektronik (e-ID) yang menyebabka­n negara kerugian Rp2.3 trilion (RM740 bilion).

Pengerusi KPK, Agus Rahardjo menamakan Setya yang juga pengerusi parti Golkar dalam satu sidang media di sini, lewat kelmarin.

“KPK menamakan SN, anggota DPR dari 2009 hingga 2014 sebagai suspek baru dalam kes ini,” kata Agus yang merujuk Setya dengan singkatan nama.

Katanya, Setya memainkan peranan penting dalam merancang satu skim untuk menyelewen­g dana bagi projek e-ID.

“SN bersama seorang lagi suspek, Andi Agustinus memainkan peranan penting dalam merancang dan memperoleh barangan untuk projek itu,” jelasnya.

Sebelum ini, KPK menamakan empat individu sebagai suspek dalam kes itu iaitu Irman dan Sugiharto, pegawai kanan di Kementeria­n Dalam Negeri, seorang anggota DPR, Miryam S Haryani dan Andi, seorang ahli perniagaan.

KPK turut menyiasat beberapa pegawai kanan kerajaan dan ahli politik termasuk menteri keadilan, bekas menteri dalam negeri serta beberapa gabenor.

Penyiasat percaya Setya dan beberapa ahli politik menggunaka­n projek mengeluark­an kad pengenalan elektronik untuk 225 juta penduduk negara itu bagi kepentinga­n peribadi.

Mahkamah khas rasuah Indonesia memberitah­u, lebih satu pertiga daripada dana 5.9 trilion (RM1.9 bilion) untuk projek itu diseleweng satu rangkaian ahli politik dan ahli perniagaan dari 2009 hingga 2015.

Kes rasuah itu dianggap antara paling besar dalam sejarah Indonesia dan memberi tekanan kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) bagi mengambil tindakan tegas terhadap semua suspek.

“Saya terkejut dengan tuduhan itu tetapi akan patuh pada undang-undang,” kata Setya yang menafikan dia terbabit dalam skandal berkenaan.

Setya pernah didakwa meminta rasuah daripada sebuah syarikat perlombong­an pada 2015 tetapi tuduhan itu digugurkan.

 ??  ?? SPEAKER DPR, Setya Novanto melambai
tangan kepada wartawan selepas
sidang media di bangunan parlimen
di Jakarta semalam. - EPA
SPEAKER DPR, Setya Novanto melambai tangan kepada wartawan selepas sidang media di bangunan parlimen di Jakarta semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia