Harian Metro

Pisau ‘hinggap’ di kepala

- Daily Mail

Malang bagi seorang lelaki yang mungkin tersilap memilih masa untuk memperbaik­i botnya apabila sebilah pisau pemotong daging terbenam di kepalanya selepas dicampak keluar dari tingkap ketika pertengkar­an sepasang suami isteri yang juga jirannya.

Pisau berkenaan tertusuk di kepala Chea Sokkot ketika dia sedang membaiki botnya di tepi pantai di Kampong Cham, Kemboja.

Gambar mengerikan disiarkan media menunjukka­n lelaki berusia 29 tahun itu terbaring di atas pengusung dengan pisau berkenaan masih terbenam di kepalanya ketika menunggu untuk dibedah di sebuah hospital.

Kejadian itu berlaku selepas jirannya Touch Channa bertengkar dengan suaminya Sim Thea, 30, susulan lelaki terbabit memotong pakaiannya menggunaka­n pisau berkenaan.

Touch berjaya merampas parang itu dari tangan suaminya lalu mencampakn­ya keluar melalui tingkap ke arah sungai di belakang rumah mereka.

Malangnya, parang itu terkena kepala Sokkot ketika dia melakukan kerja di luar rumahnya.

Touch yang juga sepupu

Lelaki cedera apabila jiran bertengkar baling senjata ke luar tingkap

mangsa, ditahan berhubung kejadian pada 13 Julai lalu sementara pegawai menjalanka­n siasatan.

Ketua polis daerah Kampong Siem, Leftenan Koperal Ek Pranon berkata: “Touch Channa ditangkap kerana mengakibat­kan kejadian itu.

“Menurutnya dia bertengkar dengan suaminya kerana lelaki itu memotong pakaiannya menyebabka­n dia merampas pisau berkenaan dan mencampakn­ya ke sungai di belakang rumah mereka.

“Malangnya pisau itu terkena kepala mangsa yang berada di tepi sungai Mekong ketika sedang membaiki bot.”

Pengarah hospital wilayah itu, Dr Yun Sinath berkata, keadaan Sokkot agak serius tetapi stabil.

 ??  ?? KECEDERAAN dialami Sokkot. Gambar kecil, pisau yang melekat di kepala
Sokkot. - Daily Mail
KECEDERAAN dialami Sokkot. Gambar kecil, pisau yang melekat di kepala Sokkot. - Daily Mail
 ??  ?? TOUCH
TOUCH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia