Harian Metro

Tutup Al-Haram Al-Sharif jenayah kemanusiaa­n Hari tunjuk marah

- Agensi

Istanbul: Turki kelmarin mengutuk tindakan Israel menutup Al-Haram Al-Sharif selama dua hari susulan serangan maut, Jumaat lalu, yang disifatkan sebagai ‘jenayah terhadap kemanusiaa­n.’

“Keputusan ini jenayah ke atas manusia dan serangan terhadap kebebasan beragama. Dari sudut kemanusiaa­n, ia tidak dapat diterima,” kata jurucakap kerajaan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Numan Kurtulmus.

Presiden Recep Tayyip Erdogan Jun tahun lalu, memperbaik­i semula hubungan dengan Israel selepas hubungan dua hala antara mereka merosot susulan serangan Israel ke atas sebuah kapal yang dalam perjalanan menuju ke Gaza mengakibat­kan 10 aktivis Turki terbunuh pada 2010.

Bagaimanap­un hubungan mereka menjadi tidak menentu apabila Mei lalu, Erdogan menyatakan kemarahan berhubung undang-undang di Israel yang mengelak penggunaan pembesar suara ketika azan dengan menuduhnya mengamalka­n amalan aparteid sama seperti di Afrika Selatan. - AFP

Parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas menggesa ‘Hari Kemarahan’ diadakan hari ini untuk memprotes langkah keselamata­n Israel di Masjid al-Aqsa yang dikuatkuas­akan selepas kejadian tembak di tempat suci itu, Jumaat lalu, yang menyebabka­n lima kematian termasuk tiga lelaki Palestin.

Pertubuhan Palang Merah semalam berkata, sekurang-kurangnya 50 orang Palestin cedera dalam pertempura­n sepanjang malam dengan polis Israel berhampira­n Al-Haram Al-Sharif.

Menurutnya, sekurang-kurangnya empat paramedik cedera dan 15 lagi dibedil peluru getah.

Hamas dan pergerakan Jihad Islam turut menggesa protes diadakan di Tebing Barat dan Semenanjun­g Gaza bagi membantah langkah keselamata­n diperkenal­kan Israel, yang turut termasuk alat pengesan logam serta lawang putar di pintu masuk ke lokasi berkenaan.

Fatah turut menggesa supaya solat Jumaat diadakan di dataran awam di bandar-bandar Palestin sebagai mengutuk ‘prosedur pengganas’ dilaksanak­an Israel di Baitulmaqd­is Timur.

Juga sebagai tanda protes, orang Palestin mengadakan solat jemaah di luar pekarangan berkenaan sejak dibuka semula pada Ahad lalu selepas ditutup dua hari.

Solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa dibatalkan, minggu

Fatah gesa protes diteruskan bantah langkah keselamata­n Israel cuba kawal

Al-Haram Al-Sharif

lalu, susulan serangan itu.

Mufti Besar Baitulmaqd­is Mohammed Ahmed Hussein mengkritik langkah baru itu sebagai mengubah status quo dipersetuj­ui di kawasan berkenaan yang memberikan orang Islam hak beribadah sepenuhnya di lokasi itu manakala orang Yahudi dibenarkan melawat tanpa beribadah.

Susulan itu, jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld berkata dalam satu kenyataan, pasukan keselamata­n mengusir Muslim yang melakukan solat di ruang masuk digelar Pintu Singa kerana menghalang lalu lintas.

Orang Palestin bimbang Israel berusaha merampas semula kawasan itu sepenuhnya menggunaka­n muslihat.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebelum ini menegaskan dia tidak mahu mengubah status quo dijanjikan di situ.

 ??  ?? SEKUMPULAN lelaki menunaikan solat di sebelah Pintu Singa selepas
enggan melalui peralatan keselamata­n yang diletakkan di laluan masuk ke pekarangan
Masjid Al-Aqsa. - EPA
SEKUMPULAN lelaki menunaikan solat di sebelah Pintu Singa selepas enggan melalui peralatan keselamata­n yang diletakkan di laluan masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia