Harian Metro

Teruja sampai tembak muka budak

-

London: Satu rakaman video mengejutka­n menunjukka­n seorang lelaki secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah seorang kanak-kanak perempuan ketika satu majlis perkahwina­n.

Video itu bermula dengan penembak terbabit mengacukan senjata dan melepaskan tiga tembakan ke udara ketika muzik dimainkan.

Tindakanny­a itu tidak mendapat sebarang reaksi, sehinggala­h lelaki terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu lagi tembakan ketika menurunkan tangannya.

Ketika itulah rakaman video terbabit mula bergoyang tanpa henti dan memfokuska­n kepada kawasan di sekitar kaki tetamu manakala pada masa sama jeritan mula kedengaran.

Jeritan dalam video itu semakin kuat dan keadaan menjadi panik lagi apabila orang sekeliling menyedari tindakan lelaki berkenaan secara tidak sengaja tertembak seorang kanak-kanak perempuan berhampira­n di wajahnya.

Mangsa dipercayai maut akibat kejadian itu.

Video sepanjang 27 saat itu kemudian menjadi gelap, tetapi suara pertengkar­an dan jeritan sekumpulan lelaki dapat didengar jelas sebelum rakaman tamat.

Kejadian dipercayai dirakam di negara Timur Tengah tetapi lokasi sebenarnya tidak didedahkan. - Daily Mail

Pihak berkuasa Arab Saudi menyoal seorang wanita yang terpapar di dalam video memakai skirt pendek dan baju senteng di tempat awam.

Model dikenali sebagai Khulood itu dilihat dalam video berkenaan - yang dikongsika­n menerusi aplikasi mudah alih Snapchat, minggu lalu berjalan di sekitar kubu bersejarah di Ushayqir dengan rakaman dimuat naik ke YouTube serta dikongsika­n berulang kali di Twitter.

Media melaporkan, wanita itu mengaku berada di situ bersama seorang penjaga lelaki, seperti diwajibkan di negara itu.

Wanita mesti diteman atau mendapat izin bertulis penjaga lelaki untuk belajar, bekerja atau ke luar negara.

Susulan itu, wanita terbabit menafikan memuat naik video berkenaan, malah mendakwa akaun Snapchat digunakan untuk berbuat demikian bukan miliknya.

Kes itu kini diserahkan kepada pejabat pendakwa untuk mempertimb­angkan sama ada wanita terbabit akan didakwa.

Rakaman itu mencetuska­n perdebatan hangat di media sosial,

 ??  ?? LELAKI berkenaan menembak ke udara tiga kali sebelum tertembak kanak-kanak berhampira­nnya. - Daily Mail
LELAKI berkenaan menembak ke udara tiga kali sebelum tertembak kanak-kanak berhampira­nnya. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia