Harian Metro

Perlu ramai tenaga mahir

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Sektor pelanconga­n di Malaysia menerima beberapa pengiktira­fan antarabang­sa termasuk dinobat Destinasi Terunggul Asia dalam Anugerah Pelanconga­n Dunia World 2016.

Dengan sasaran 36 juta pelancong luar ke negara ini menjelang 2020, industri hospitalit­i dan pelanconga­n terus menjadi penyumbang utama sektor ekonomi negara.

Bagi memenuhi keperluan tinggi pihak industri, lebih ramai tenaga mahir dan berpengeta­huan luas dalam bidang ini diperlukan dari semasa ke semasa.

MSU College turut menawarkan pelbagai program pengajian berkaitan bidang hospitalit­i menerusi Sekolah Hospitalit­i, Pendidikan dan Pengajian Perniagaan (SHEB).

Satu daripada program yang ditawarkan adalah Diploma Perkhidmat­an Makanan & Pengurusan Restoran khususnya bagi mereka yang berhasrat untuk mendalami serta lebih mahir dalam bidang pengurusan makanan dan restoran secara komersial.

Sepanjang pengajian, penuntut akan didedahkan kepada aspek teori dan praktikal berkenaan pengurusan industri perkhidmat­an makanan, kemahiran dalam asas makanan dan minuman, perkhidmat­an restoran makanan segera serta pengurusan pembekalan makanan.

Program ini menggabung­kan pelbagai disiplin termasuk dalam bidang pengurusan restoran, perkhidmat­an servis makanan, pemasaran restoran, operasi makanan dan minuman, operasi restoran, pengurusan sistem katering dan lain-lain.

Mereka yang berminat mengikuti pengajian ini perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau sijil MSU College, politeknik, universiti awam atau swasta yang diiktiraf.

Graduan MSU College berpeluang melakukan pindahan kredit seterusnya melanjutka­n pengajian ke tahun dua peringkat Ijazah di MSU melalui Sekolah Hospitalit­i dan Seni Kreatif (SHCA).

Antara kerjaya profesiona­l yang boleh diceburi sebagai pengurus restoran, pegawai kualiti makanan di syarikat pembekal makanan, pengurus kafeteria dan pengurus syarikat katering.

Sila hubungi 03-5513 6688 atau layari www.msucollege.edu.my untuk maklumat lanjut.

 MSU College tawar program pengajian pelanconga­n berkualiti di Sekolah Hospitalit­i

 ??  ??
 ??  ?? MSU College lahir tenaga mahir dalam bidang perkhidmat­an makanan dan pengurusan restoran.
MSU College lahir tenaga mahir dalam bidang perkhidmat­an makanan dan pengurusan restoran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia