Harian Metro

21 pelajar ke Surabaya

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Management & Science University (MSU) komited melahirkan penuntut holistik yang bukan hanya cemerlang dalam akademik, tetapi pembanguna­n diri.

Satu daripada pendekatan untuk mencapai matlamat itu adalah memperkasa­kan penuntut dalam program berbentuk pendedahan global.

Justeru, 21 penuntut program Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari dari Sekolah Hospitalit­i dan Seni Kreatif (SCHA) berkunjung ke Surabaya, Indonesia, menerusi program itu turut menyaksika­n mereka menjalanka­n aktiviti khidmat komuniti di rumah Anak-anak Yatim Panti Asuhan Nurus Sa’adah, Semarang, yang menempatka­n penghuni perempuan berumur antara 3-15 tahun.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Aqil Abdul Aziz Azmi, antara aktiviti yang dilakukan di sana adalah gotong-royong membersihk­an rumah kebajikan berkenaan serta menjalanka­n pertanding­an mewarna, mereka bentuk origami serta dekorasi kek cawan.

“Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan lain turut diserahkan kepada rumah kebajikan itu.

“Kami turut berkunjung ke tempat tumpuan industri pelanconga­n di Surabaya seperti Muzium Angkut, Monumen Kapal Selam,

yang dibina pada 1862 pada zaman koloni Belanda.

“Kunjungan ke The Sages Institute Internatio­nal membolehka­n kami berkongsi pengetahua­n dalam bidang itu,” katanya.

Sesi demonstras­i masakan turut diadakan membabitka­n kaedah penyediaan seni jeli oleh Chef Tjing serta bebek bertutu dan kari kepala ikan oleh Chef Ikang.

Kedua-dua Chef tidak lokek berkongsi rahsia berkenaan rempah-ratus dan herba digunakan dalam masakan asli Indonesia itu.

Penyertaan penuntut dalam program berbentuk pendedahan antarabang­sa ini merupakan antara komponen penting dalam proses pembelajar­an dan pengajaran di MSU.

Ia berperanan melahirkan graduan yang kompeten, versatil serta dilengkapi dengan kemahiran insaniah.

 MSU beri pendedahan global kepada penuntut jurusan SCHA

 ??  ?? PESERTA program bersama penuntut The Sage Institute Internatio­nal dalam kelas masakan.
PESERTA program bersama penuntut The Sage Institute Internatio­nal dalam kelas masakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia