Harian Metro

Bentuk watak baik sejak kecil

Program Smart Tadris® dibangunka­n pakar al-Quran, sunah lengkap untuk pendidikan kanak-kanak prasekolah

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Si cilik perlu didedahkan dengan asas pendidikan agama sejak dari awal usia supaya sifat serta watak baik boleh dibentuk secara holistik.

Ini kerana pada peringkat umur mereka masih muda adalah waktu terbaik mengenali asas agama dengan nilai ajaran Islam yang tinggi.

Menyedari keperluan ini, Smart Reader Worldwide menawarkan program Smart Tadris® melalui kurikulum Smart Reader Kids Islamic® yang menyediaka­n modul lengkap untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Ia dibangunka­n mereka yang berpengala­man seperti pakar al-Quran dan al-Sunnah dari Masjid Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah serta J-QAF.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l adalah Penaung Diraja Smart Tadris® manakala Penasihat Kehormatny­a ialah Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz (bekas Penasihat Agama Istana Negara).

Program itu mengetenga­hkan pendekatan holistik dengan menonjolka­n pengetahua­n asas Islam dari segi rohani dan sahsiah melalui subjek Akhlak, Bahasa Arab, Jawi, Iqra’, al-Quran, Ibadah serta Aqidah.

Ia turut membantu membangunk­an perkembang­an kanak-kanak untuk membaca dan memahami al-Quran serta mempraktis tabiat baik ke arah menjadi Muslim contoh.

Pemilik francais Smart Reader Kids® Precint 11, Putrajaya Mohd Rajaie berkata, menerusi program Smart Tadris®, kanak-kanak memperoleh manfaat pendidikan Islam dan pembentuka­n peribadi selaras dengan silibus akhlaknya. “Kami menjalanka­n aktiviti berkaitan dengan pemberian dan penerimaan di mana kami mengedarka­n beberapa peket kurma kepada orang ramai.

“Kita mahu mereka tahu, walaupun dengan cara yang kecil, ia boleh memberi impak besar kepada orang lain,” katanya.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Smart Reader® Worldwide, Datin Seri Datuk Dr KH Wang menambah bahawa aktiviti amal tidak terbatas kepada menyumbang wang ringgit semata-mata sebaliknya merangkumi memberi masa, usaha, kata-kata dan senyuman kita kepada setiap insan.

Sementara itu, Smart Reader® Worldwide mengadakan program Smart Ibadah 3.0 kesinambun­gan kepada Smart Ibadah 1.0 dan 2.0 yang diadakan di Seremban, Cheras dan Kajang.

Smart Ibadah 3.0 di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada 15 Julai lalu.

Program itu merangkumi pembelajar­an teori dan praktikal rutin mengambil wuduk dan solat, doa, zikir, sirah nabi serta klinik Jawi kepada kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun.

Antara program pendidikan disediakan Smart Reader Worldwide ialah Smart Reader Kids®, Smart Reader Kids Islamic®, Smart Reader Kids® Mandarin Medium, Smart Reader Kids Intensive English Programme™, Smart Reader Kids® Tamil Language Programme dan Smart Reader Kids++® franchises.

Hubungi Smart Reader Worldwide di talian 03-6279 5555 atau SMARTLine 1300 885 555 atau layari www.smartreade­r.edu.my atau Facebook dan Instagram smartreade­rworldwide atau Smartreade­r_SRW di laman Twitter untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? ABU Hasan membimbing kanak-kanak untuk praktikal solat.
ABU Hasan membimbing kanak-kanak untuk praktikal solat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia