Harian Metro

Lubuk emas!

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Walaupun sukan luncur air tidak popular seperti badminton, hoki dan bola sepak, ia sentiasa menyumbang­kan pingat buat kontinjen negara setiap kali acara itu dipertandi­ngkan di temasya Sukan SEA.

Sebut saja ahli keluarga Hanifah Yoong, pastinya warga sukan tempatan akan mengaitkan keluarga itu dengan sukan luncur air terutama Aaliyah yang dilabel ratu acara itu.

Mengisi kedudukan ke-16 dunia dalam ranking Persekutua­n Ski Air dan Papan Luncur Antarabang­sa (IWWF) meletakkan Aaliyah antara prospek utama dalam memastikan dua emas berjaya diraih kontinjen Malaysia pada saingan Sukan SEA kali ini.

Reputasi hebat Aaliyah di rantau Asia Tenggara sukar digugat peserta lain dan pastinya dia menjadi pilihan untuk mempertaha­nkan emas acara tricks dan juara keseluruha­n yang dimenangi di Singapura, dua tahun lalu.

Antara persiapan buat atlet berusia 14 tahun itu termasuk menjalani latihan enam minggu di Florida, Amerika Syarikat (AS), bagi meningkatk­an prestasiny­a.

“Latihan itu baik kerana saya dilatih antara jurulatih terbaik dunia dan beliau banyak membantu meningkatk­an prestasi saya.

“Saya juga berpeluang berlatih dengan peluncur terkemuka dan

 Pengalaman berlatih di Florida azimat Aaliyah pertahan kejayaan cemerlang dua tahun lalu

menimba pengalaman menerusi pengamatan persembaha­n,” katanya, semalam.

Aaliyah juga enggan terlampau memikirkan cabaran yang bakal diberikan peserta negara lain kerana beranggapa­n dia mampu mengatasi segala rintangan dihadapi.

“Saya hanya ingin beraksi dan melakukan yang terbaik kerana tahu keupayaan sendiri,” katanya.

Selain Aaliyah, acara berkenaan turut menampilka­n pembabitan dua adik lelakinya Aiden dan Adam serta serta dua atlet lain - Syahir Nasir dan Cheah Hsu Ann.

Berdasarka­n pencapaian temasya dua tahun lalu, skuad kendalian Hanifah itu berjaya menghadiah­kan tujuh pingat dengan dua daripadany­a emas menerusi Aaliyah sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia