Harian Metro

Semarak perjuangan atlet

-

Kuala Lumpur: Astro selaku penyiar rasmi temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur menyediaka­n lapan saluran menerusi Astro TV serta platform digital Astro Go dan Njoi Now. Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro Lee Choong Khay berkata seiring perkembang­an teknologi penyiaran dan ledakan media baru, Astro akan memastikan peminat sukan tempatan dapat berkongsi perjuangan kontinjen negara secara lebih dekat menerusi pengalaman tontonan televisyen dan platform digital Astro.

Beliau berkata selepas kejayaan liputan Olimpik Rio 2016 yang mencatat jumlah tertinggi 11.1 juta penonton di Astro Arena, Astro terus komited memberi pengalaman tontonan dalam visual berkualiti tinggi serta berusaha memenuhi keperluan industri penyiaran dunia digital yang semakin berkembang.

“Memandangk­an Malaysia menjadi tuan rumah edisi kali ini, misi digalas adalah untuk memastikan kesinambun­gan cemerlang dalam menyajikan yang terbaik untuk peminat sukan negara.

“Menerusi inisiatif ini, peminat yang bukan pelanggan Astro turut berpeluang mengakses saluran Astro Arena dan semua saluran tambahan itu secara percuma menerusi aplikasi Astro Go dan NJOI Now.

“Seluruh rakyat Malaysia juga akan dapat memberi sokongan kepada wira-wira negara dengan menyertai kempen anjuran kami #AyuhMalays­iaKu dan #KitaSamaHe­ro,” katanya.

Astro menyediaka­n empat saluran khas Definisi Tinggi (HD) di saluran 802, 803, 804 dan 805 HD menerusi Astro TV dan NJOI TV manakala empat saluran tambahan eksklusif dilancarka­n di aplikasi atas talian Astro GO dan NJOI Now yang boleh diakses melalui komputer riba dan peranti mudah alih. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia