Harian Metro

BMCC harap tuah tempat sendiri

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi sukan@hmetro.com.my

Bagan Serai: Tiga peserta tempatan dari Bukit Merah Cycling Club (BMCC) mengharap tuah tempat sendiri untuk mencapai kejayaan dalam saingan pada 29 Julai ini.

Peserta kategori Veteran Lelaki Nordin Hassan, 51, berkata, kelebihan beraksi di tempat sendiri membuatkan dia dan rakan sepasukan yang mewakili BMCC menyasarka­n podium untuk kategori dipertandi­ngkan.

Dia yang juga pesara tentera berkata, kelebihan itu akan digunakan sebaiknya berikutan lebih memahami keadaan dan tahap kesukaran trak di sini.

“Insya-Allah berdasarka­n prestasi dan stamina semasa, saya menyasarka­n podium untuk kategori ini.

“Biarpun ini penyertaan pertama dalam kejohanan anjuran Harian Metro ini, kelebihan beraksi tempat sendiri memberi sedikit kelebihan biarpun sedar akan persaingan hebat yang bakal dilalui nanti,” katanya.

Seorang lagi peserta kategori Junior Master, Firman Halim 43, berkata, dia tidak sabar untuk turun beraksi.

“Sokongan padu rakan-rakan BMCC dan penduduk tempatan membangkit­kan semangat saya untuk beraksi nanti.

“Biarpun dijangka agak sukar mencapai sasaran podium, berbasikal di sekitar Meru dan Jelapang.

Katanya, hanya dia pernah menyertai beberapa siri kejohanan anjuran akhbar ini manakala rakan-rakan lain menyertai saingan itu buat kali pertama.

“Selepas menyertai kejohanan di Bukit Merah ini, kami merancang mengikuti beberapa siri lain.

“Memang rakan-rakan saya teruja kerana pertama kali menyertai kejohanan ini dan berharap pengurusan terbaik sebelum ini dapat dikekalkan,” katanya.

Menurut Norfizal, dia bersama rakan-rakannya akan menerus rutin latihan supaya stamina dapat dikekalkan menjelang saingan bermula tidak beberapa hari lagi. saya ingin memberikan tentangan hebat di samping membuktika­n BMCC juga mempunyai peserta yang wajib digeruni,” katanya.

 ?? Norfizal Mohd Nor ?? PASUKAN Ipoh Cheroi Cycling Team jalani latihan tiga hari sekali. Selepas menyertai kejohanan di Bukit Merah ini kami merancang mengikuti beberapa siri lain”
Norfizal Mohd Nor PASUKAN Ipoh Cheroi Cycling Team jalani latihan tiga hari sekali. Selepas menyertai kejohanan di Bukit Merah ini kami merancang mengikuti beberapa siri lain”
 ??  ?? PELUMBA BMCC bergambar kenangan selepas sesi latihan.
PELUMBA BMCC bergambar kenangan selepas sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia