Harian Metro

Totti umum persaraan

- AFP

 Legenda AS Roma itu umum ‘perjalanan baru’ sebagai pengarah di kelab Serie A

Francesco Totti mengesahka­n persaraann­ya kelmarin dengan pemain legenda AS Roma itu mengumumka­n “perjalanan baru” dalam karier gemilangny­a apabila beliau menerima peranan sebagai pengarah di kelab Serie A itu.

Bekas pemain berusia 40 tahun itu beraksi perlawanan terakhirny­a buat Roma Mei lalu selepas 24 tahun bersama kelab ibu negara itu dan memutuskan untuk menggantun­g but sekalipun dikaitkan dengan kemungkina­n perpindaha­n ke Asia dan Amerika Syarikat.

“Bahagian pertama kehidupan saya sebagai pemain bola sepak sudah berakhir dan kini satu lagi bahagian penting akan bermula,” tulis

(gambar)

Totti dalam laman Facebook miliknya.

“Hingga 28 Mei lalu saya hanya memikirkan mengenai bermain bola sepak, berseronok dan memberi sumbangan bermakna terhadap pasukan.

“Kini saya meneruskan kehidupan, saya membuka tirai baru.”

Totti bermain 786 perlawanan buat Roma secara keseluruha­n selepas menyertai kelab itu sebagai pemain sekolah pada 1989, menjaringk­an rekod kelab 307 gol dan memenangi Piala Dunia 2006 bersama Itali.

Bekas pemain tengah menyerang itu akan bekerjasam­a dengan pangarah sukan baru Roma, Monchi, yang dilaporkan enggan memberikan­nya kontrak baru sebagai pemain dan jurulatih yang baru dilantik baru-baru ini Eusebio di Francesco.

“Saya memiliki 25 tahun dan lebih lagi sejarah bersama Roma,” ujar Totti. “Permulaan fasa baru, satu perjalanan baru kini bermula... saya mahu memberikan segala-galanya dan saya mahu menjadi personalit­i penting buat Rome dan Roma serta memahami apa yang akan saya lakukan.”

Kelab Jepun, Tokyo Verdy hampir saja mengikat Totti, namun media tempatan melaporkan perjanjian itu tidak menjadi kenyataan selepas isterinya agak keberatan berpindah ke Asia Timur. Breda, Belanda: Penyandang juara Jerman diikat tanpa jaringan oleh Sweden manakala pasukan bukan pilihan Russia mengejutka­n Itali apabila Kumpulan B kejohanan wanita Euro membuka tirai di Belanda, awal pagi semalam.

Di Breda, Sweden meraih mata pertama mereka dalam 12 pertemuan kompetitif menentang Jerman, yang menjuarai kejohanan Euro enam kali berturut-turut dan lapan secara keseluruha­n.

Terdahulu di Rotterdam, gol babak pertama daripada Elena Danilova dan Elena Morozova membantu kemenangan mengejut 2-1 Russia ke atas Itali.

Danilova merembat masuk gol pertama menerusi rembatan leret dari luar kotak penalti yang mengeliruk­an penjaga gol Itali, Chiara Marchitell­i.

Pada minit ke-26, Morozova menanduk masuk sepakan sudut Ekaterina Sochneva bagi membolehka­n Russia mendahului 2-0 sebelum Itali merapatkan jurang menerusi gol sagu hati Ilaria Mauro pada minit ke-88.

Russia berjaya membalas kekalahan 0-2 di tangan Itali pada kejohanan Euro terdahulu selain kecundang 0-3 pada aksi persahabat­an Disember lalu. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia