Harian Metro

LUKAKU BUKA ‘AKAUN’ GOL

- AFP

 Penyerang Red Devils ledak jaringan pertamanya benam Salt Lake 2-1

Salt Lake City, AS

Romelu Lukaku menyumbat gol sulungnya dalam jersi Manchester United semalam ketika kelab gergasi Liga Perdana

Inggeris itu yang beraksi dengan 10 pemain meraih kemenangan 2-1 ke atas Real Salt

Lake di Utah.

Lukaku, yang menyertai Red

Devils dari Everton dengan harga dilapor £75 juta

(RM418 juta) minggu lalu, menjaringk­an gol kemenangan United pada minit ke-38 selepas menyempurn­akan hantaran leret Henrikh Mkhitaryan.

Penyerang kebangsaan Belgium berusia 24 tahun itu turut terbabit dengan gol penyamaan United dijaringka­n Mkhitaryan pada minit ke-29 selepas Luis Silva mengejutka­n United dengan gol pendahulua­n Salt Lake.

Lukaku menggunaka­n kekuatan dan penampilan fizikalnya untuk mengatasi pertahanan Real sebelum mengumpan kepada Jesse Lingard, yang membuat hantaran kepada Mkhitaryan untuk menyudahka­n gol.

“Saya gembira pasukan ini menang,” ujar Lukaku.

“Saya berada di sini untuk menjaringk­an gol dan menjadi tumpuan utama pasukan tapi di Manchester

United kami bermain untuk menang dan itulah mentaliti saya apabila turun ke padang.”

Pengurus United, Jose Mourinho berpuas hati dengan persembaha­n Lukaku, menyatakan bekas pemain Chelsea itu kini seorang “penyerang ternama.”

“Ia hanya bagus buatnya, tidak penting buat saya,” ujar Mourinho mengenai gol pertama Lukaku bersama United.

“Sebelum dia menjaringk­an gol, saya memberitah­unya sa-

ya sukakan setiap apa yang dilakukann­ya di tengah padang. Jangan bimbang mengenai menjaringk­an gol atau tidak.

“Mudah untuk menerimany­a kerana dia pemain saya empat tahun lalu dan peningkata­nnya amat ketara. Dia kini penyerang ternama.”

Kemenangan United dicemari apabila Antonio Valencia dibuang padang pada babak kedua berikutan terjahan keras ke atas Sebastian Saucedo.

United akan berdepan Manchester City di Houston awal pagi Jumaat ini bagi perlawanan ketiga dalam jelajah AS. Hong Kong: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp bercadang menurunkan Daniel Sturridge

yang bebas daripada kecederaan pada musim baru ketika penyerang itu kembali ke latihan cergas serta fokus.

“Ia keadaan terbaik dialaminya sejak saya berada di sini,” kata Klopp di Hong Kong.

Sturridge dibelenggu kecederaan sejak menyertai Reds dari kelab pencabar Liga Perdana, Chelsea pada 2013 dan masalah pinggul mengehadka­n impaknya yang hanya menyumbat tujuh gol dalam 27 penampilan musim lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu baru-baru ini dikaitkan dengan perpindaha­n lumayan ke China namun Klopp menegaskan Sturridge tidak akan ke mana-mana, menyokongn­ya untuk mengembali­kan prestasi yang hampir membantu Liverpool meraih ke-

 ??  ?? MKHITARYAN (kiri) jaring gol penyamaan United. LUKAKU (tengah) ledak gol kemenangan.
MKHITARYAN (kiri) jaring gol penyamaan United. LUKAKU (tengah) ledak gol kemenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia