Harian Metro

Tiki-taka senjata robek Harimau Malaya

-

Saya percaya semua pemain sudah bersedia untuk turun beraksi esok (hari ini),” katanya.

Adib yang bakal mengemudi benteng pertahanan negara menegaskan semua masalah berlaku dalam kem negara sebelum ini harus dilupakan.

“Kita hanya berlatih dalam tempoh singkat jika dibandingk­an dengan pasukan lain tapi itu bukan alasan untuk kami tidak bersedia. Sasaran kami tetap sama, untuk layak ke pusingan akhir,” katanya.

Sementara itu kapten Indonesia B-22 Bagas Adi Nugroho turut mengakui mereka menyimpan hajat sama.

“Kami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Kami akan mengikut segala perancanga­n jurulatih dan yakin untuk meraih kemenangan ke atas Malaysia esok (hari ini),” kata pemain pertahanan itu.

permainan tiki-taka Sepanyol bakal menjadi taruhan skuad Indonesia bawah 22 tahun (B-22) apabila jurulatih Luis Milla Aspas akan menguji sejauh mana kemampuan anak buahnya berdepan Malaysia hari ini.

Bekas jurulatih skuad remaja Sepanyol itu yang pernah beraksi dengan kelab Barcelona dan Real Madrid mula membimbing pasukan awal tahun ini dan beliau percaya pemainnya mampu menewaskan Malaysia.

“Kami sudah berlatih di sini seminggu dan saya gembira dengan tahap prestasi pemain. Saya yakin kami sudah cukup bersedia untuk menghadapi kejohanan ini.

“Saya lihat kesemua tiga pasukan dalam kumpulan ini kuat dan memiliki kelebihan masing-masing serta cara permainan berbeza. Tapi objektif kami tetap sama iaitu untuk layak ke peringkat seterusnya,” kata Milla dalam sidang media pra perlawanan itu semalam.

Skuad Garuda Muda ini melakukan persiapan rapi dengan mengadakan latihan lebih awal apabila tiba di Bangkok 11 Julai lalu.

Milla yang pernah membawa skuad Sepanyol B-21 muncul juara Kejohanan Eropah 2011 sedar kesulitan dihadapi skuad negara dalam mempersiap­kan pasukan dan mahu pemainnya memanfaatk­an kesempatan itu.

“Apa yang saya tahu Malaysia berdepan masalah jadi mungkin kami boleh ambil kesempatan, tapi perlu berhati-hati,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri Adib, Kim Swee, Milla dan Adi pada sidang media praperlawa­nan semalam.
DARI kiri Adib, Kim Swee, Milla dan Adi pada sidang media praperlawa­nan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia