Harian Metro

FAM lewat bertindak Tekad tebus duka dua tahun lalu

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Daripada Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Bakri bidas badan induk bola sepak negara kerana lambat selesai kontrovers­i berkaitan persiapan skuad B-22 negara

“Sudah terlambat. Sepatutnya awal-awal lagi persiapan pasukan bawah 22 tahun negara (B-22) diutamakan,” kata legenda Harimau Malaya Bakri Ibni

mengenai penundaan beberapa aksi Liga Malaysia (Liga-M) awal bulan depan.

Jelasnya, segala kontrovers­i yang timbul sepanjang dua minggu lalu susulan kegagalan kelab melepaskan

(gambar kecil)

pemain berpunca daripada tindakan lewat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangani isu berkenaan.

“Kenapa baru sekarang nak buat permohonan untuk menunda aksi liga kepada FMLLP (Perkongsia­n Liabiliti Bolasepak Malaysia Berhad (FMLLP), sedangkan ia boleh diselesaik­an lebih awal.

“Tengok, apa sudah jadi dengan persiapan skuad B-22 yang bermain di Bangkok (kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia B-23) ketika ini seperti cacamerba saja.

“Saya dapat bayangkan tidur malam Datuk Ong Kim Swee tentu tak nyenyak memikirkan masalah menimpa dan sekiranya gagal memberi keputusan memuaskan sudah pasti beliau akan dicemuh serta kesalahan dituju kepadanya.

“Padahal, jurulatih bukannya tidak bagus cuma tak dapat kumpulkan pemain terbaik sepanjang persiapan pasukan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menerusi laporan akhbar ini Isnin lalu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin meminta FMLLP supaya menangguhk­an kempen Liga-M pada 2, 5, dan 9 Ogos depan bagi memberi lebih banyak masa kepada Kim Swee mempersiap­kan skuad B-22 untuk menghadapi Sukan SEA di Bangkok: Kegagalan dua tahun lalu mahu ditebus pemain tengah skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik apabila sekali lagi menggalas misi di saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bermula hari ini.

Meskipun persiapan pasukan kali ini serba bermasalah, berbeza ketika 2015, pemain berusia 22 tahun ini tidak mahu mengulang skrip sama apabila mereka turun menentang Indonesia hari ini.

“Pada 2015, kami berada Kuala Lumpur pertengaha­n bulan depan.

Ia susulan kegagalan mendapatka­n kerjasama kelab dan pasukan Liga-M yang tidak melepaskan pemain mereka berikutan masalah jadual liga yang amat padat.

“Isu ini bukan saja membabitka­n soal persiapan pasukan negara semata-mata, tapi juga mengenai imej pengurusan dan pentadbira­n yang kemas dan cekap.

“Saya memang dari dulu mempersoal­kan FAM yang tidak ubah jadual dari awal. Alangkah bagus kalau bertindak awal supaya dapat mengelak tanggapan buruk terhadap FAM,” katanya.

dalam kumpulan sukar jadi saya fikir kali ini ada peluang untuk layak. Bertemu Indonesia peluang kita menang 50-50 jadi tidak mustahil untuk melepasi kumpulan ini,” katanya ketika ditemui Arena Metro.

Dalam edisi kelayakan terakhir, Malaysia yang ketika itu dibimbing jurulatih Razip Ismail terkandas di peringkat kumpulan apabila menamatkan di tangga ketiga di belakang Jepun dan Vietnam meskipun beraksi di laman sendiri.

Ketika itu, persiapan pasukan yang baru memenangi Piala Bangabandh­u di Bangladesh berada di tahap terbaik jika dibandingk­an dengan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang hanya melakukan latihan singkat serta gagal mendapatka­n pelepasan enam pemain daripada pasukan Liga Malaysia.

 ??  ?? PERSIAPAN skuad B-22 negara ke Bangkok dipalit kontrovers­i.
PERSIAPAN skuad B-22 negara ke Bangkok dipalit kontrovers­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia