Harian Metro

FMLLP sedia pertimbang permohonan Kim Swee

-

Kuala Lumpur: Permohonan penangguha­n aksi Liga Malaysia (Liga-M) dikemukaka­n ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Datuk Ong Kim Swee kepada Perkongsia­n Liabiliti Bolasepak Malaysia Berhad (FMLLP) akan dipertimba­ngkan dengan sewajarnya bagi membantu persiapan skuad negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam berkata, pihaknya sedang mempertimb­angkan permohonan berkenaan dengan aksi pada tiga tarikh iaitu 2, 5 dan 9 Ogos depan diubah ke tarikh lain.

“Kami sedang berusaha mencari alternatif terbaik bagi membantu skuad B-22 serta semua pasukan terbabit secara langsung dengan penangguha­n perlawanan itu.

“Namun, keputusan mengenainy­a akan diumum esok (hari ini) melalui siaran media. Jadi buat masa ini, saya hanya boleh mengesahka­n kami sedang berusaha untuk membantu dan bukannya ke arah bagaimana mahu menolak rayuan itu,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, persiapan skuad kendalian Kim Swee diselubung­i kontrovers­i apabila kebanyakan pasukan dan kelab Liga-M enggan melepaskan pemain mereka untuk menyertai kem latihan pusat negara.

Situasi itu nyata membimbang­kan Kim Swee ketika beliau sedang sibuk menyiapkan pasukan untuk menghadapi dua kejohanan penting iaitu kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, Thailand yang bermula hari ini serta saingan Sukan SEA Kuala Lumpur pada pertengaha­n bulan depan.

Bagaimanap­un, menerusi laporan Arena Metro Isnin lalu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahka­n pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada FMLLP untuk mempertimb­angkan permintaan itu.

Hamidin berkata, cadangan itu disuarakan Kim Swee yang mahu memanfaatk­an tempoh 14 hari untuk mempersiap­kan barisan pemainnya sebelum acara bola sepak membuka tirai pada 14 Ogos ini.

“Seperti kita tahu tak banyak perlawanan yang boleh diselit pada saingan akan datang kerana jadual memang padat. Namun kita sedia membantu tapi tidak sehingga menjejaska­n perjalanan Liga-M,” kata Kevin.

 ?? Kevin Ramalingam ?? Kami sedang berusaha mencari alternatif terbaik bagi membantu skuad B-22”
Kevin Ramalingam Kami sedang berusaha mencari alternatif terbaik bagi membantu skuad B-22”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia