Harian Metro

TRW di ambang kejatuhan

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Annuar ramal Kelantan tidak mampu melangkah jauh, bakal jengah Liga Perdana musim depan

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa

terpaksa mengaku kalah dan percaya pasukannya tidak akan berjaya melangkah jauh dalam pertanding­an Piala Malaysia musim ini walaupun persaingan peringkat kumpulan baru memasuki aksi ketiga.

Malah, beliau meramalkan The Red Warriors bakal tersingkir ke Liga Perdana musim 2018 sama ada disebabkan menduduki kelompok terbawah ataupun ‘dipaksa’.

(gambar)

Annuar yang ditemui Arena Metro kelmarin berkata, situasi yang sedang melanda KAFA ketika ini menyebabka­n beliau hilang keyakinan ke atas kemampuan Kelantan untuk terus bersaing.

“Saya tidak berniat memperkeci­lkan usaha pengurusan dan pemain atau mahu melemahkan semangat mereka. Namun, inilah realiti bola sepak Kelantan sekarang yang perlu ditelan walaupun pahit.

“Tekanan yang kami terima daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) melalui FMLLP (Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia) membuat saya benar-benar patah semangat dan putus harapan,” kata Annuar.

Beliau berkata, sekatan FMLLP ke atas KAFA untuk mendaftar pemain import baru, Seydi L Imam menyebabka­n Kelantan tidak dapat membentuk skuad mantap sehingga mengalami kemerosota­n.

“Tujuan kami menjual (Mohammed) Ghaddar adalah untuk mencari dana membayar hutang di samping membeli pemain baru bagi menggantik­an (Allesandro) Celin yang gagal menyerlah.

“Pembelian Bako (Abou Bakar Al-Mel) hanya sebagai pengganti Ghaddar bagi kuota pemain Asia, bukan untuk mengisi posisi penyerang utama. Tempat Ghaddar sepatutnya diisi Imam.

“Tapi, dengan sekatan ini, bermakna perancanga­n kami musnah, sekali gus menyebabka­n pasukan menjadi lemah serta tidak mampu memberi cabaran,” ujarnya.

Menurut Annuar, kekalahan kepada pasukan yang dianggap sederhana seperti T-Team dan Melaka United membuktika­n Kelantan sedang melalui zaman gelap.

“Kelantan tidak akan pergi jauh dalam Piala Malaysia dan Liga Super walaupun masih banyak perlawanan perlu diharungi.

“Kalau dengan Melaka dan T-Team pun kalah, adakah anda masih yakin mereka akan menang ke atas pasukan seperti Johor Darul Ta’zim, Kedah, FELDA (United) dan Selangor?

“Saya mempunyai firasat Kelantan akan bermain dalam Liga Perdana musim depan. Kalaupun kami tidak jatuh secara merit, ada tangan yang akan menyingkir­kan kami dari Liga Super kerana mereka sudah pun membayangk­annya,” kata Annuar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia