Harian Metro

Amri julang Selangor

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Dua gol Wak Am padam kebangkita­n Harimau Selatan

Penyerang veteran Selangor Amri Yahyah muncul wira apabila dua golnya memastikan kemenangan 3-2 ke atas Johor Darul Ta’zim dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, malam tadi.

Tiada gerakan menarik sepanjang 20 minit pertama daripada kedua-dua pasukan apabila bola banyak berlegar di tengah padang yang mudah dipatahkan barisan pertahanan masing-masing.

Bagaimanap­un, aksi hambar itu bertukar rancak apabila pelawat terlebih dulu menguji penjaga gol Selangor pada minit ke-22, namun rembatan leret S Chanthuru mudah dinafikan Khairul Azhan Khalid.

Red Giants yang mendapat sokongan padu hampir 8,000 penyokong mereka memecah kebuntuan pada minit ke-33 apabila sepakan sudut Andik tepat menemui Fairuz Abdul Aziz yang tenang menanduk masuk untuk gol pertama.

Belumpun sempat anak buah Ulisses Morais menyusun kembali rentak, mereka dikejutkan dengan gol kedua yang diilhamkan sendiri Amri, bekas penyerang Harimau Selatan, pada minit ke-36 buat menggembir­akan penyokong Merah Kuning.

Bersambung babak kedua, Morais melakukan dua pertukaran serentak apabila memasukkan gandingan import Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera bagi menambah sengat jentera depan Johor DT.

Nyata percaturan itu membuahkan hasil apabila penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri meledak gol pertama pelawat pada minit ke-55 untuk 2-1.

Pemain gantian,

Darren Lok menyamakan kedudukan 2-2 menerusi tandukan pada minit ke-69 selepas memanfaatk­an keadaan kelam kabut dalam kotak penalti tuan rumah.

Ketika aksi dilihat bagaikan berkesudah­an seri, Selangor dihadiahka­n sepakan penalti pada minit ke-89 dan Amri yang disapa Wak Am sekali lagi memahat namanya selaku penjaring untuk memastikan tiga mata milik pasukannya.

 ??  ?? AMRI (dua dari kanan) jaring gol kemenangan.
AMRI (dua dari kanan) jaring gol kemenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia