Harian Metro

‘Lapor dulu baru kami bantu’

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: “Sehingga hari ini (semalam), PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia) belum menerima sebarang laporan secara bertulis kelab Terengganu City (TCFC).

“Jika tidak ada aduan rasmi, bagaimana kami mahu bertindak,” kata Presiden PFAM Hairuddin Omar

(gambar).

Hairuddin berkata demikian sebagai mengulas rungutan pemain kelab TCFC yang mendakwa tidak dibayar gaji sejak empat bulan lalu.

Malah, lebih parah apabila TCFC yang ditubuhkan awal musim ini turut berdepan hukuman penggantun­gan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya ada mendengar rungutan berkaitan pemain kelab itu diabaikan majikan mereka dengan gaji tidak dibayar sejak beberapa bulan lalu, tapi sehingga kini mereka tidak pernah menghubung­i PFAM.

“PFAM akan tetap jaga kebajikan pemain jika mereka teraniaya, hal ini bertepatan dengan tujuan penubuhan persatuan tapi buat masa ini kami tidak boleh bertindak kerana belum mendapat aduan secara bertulis.

“Jika kami sudah mendapat laporan pemain baru kami boleh memanjangk­an isu ini kepada FAM untuk tindakan susulan selepas mendapat bukti,” kata Hairuddin.

Minggu lalu, pengendali TCFC Roshadi Wahab mengadakan sidang akhbar sambil meluahkan rasa kecewa terhadap majikan yang seolah-olah cuba lepas tangan dengan tidak membayar gaji pemain.

Antara pemain yang membarisi skuad itu ialah bekas penjaga gol kebangsaan Mohd Syamsuri Mustafa, Zairo Anuar Zailani dan Mohd Haris Safwan.

“Kami berharap TCFC dapat menghantar laporan berkaitan tunggakan gaji itu dengan segera bagi memudahkan kami mengambil tindakan selanjutny­a,” kata Hairuddin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia