Harian Metro

Transforma­si kehidupan

Selepas kahwin Syamim belajar bertolak ansur dan setiap keputusan perlu dibawa berbincang

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Berita perkahwina­n bekas pengacara program HLive! Syamim Farid dengan kerabat diraja Selangor pada Mac tahun lalu antara yang menjadi bualan peminat.

Selain latar belakang suaminya iaitu Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari, 29, raut wajah tampan yang dimiliki turut menarik perhatian banyak pihak.

Walaupun sering dilihat bersama pada majlis yang dihadiri, Syamim mengakui suaminya seorang yang pemalu untuk berdepan dengan pihak media.

RAP bertuah apabila pelawaan menjayakan sesi fotografi baru-baru ini disambut baik Syamim dan suami.

Biarpun kali pertama berdiri depan lensa kamera, Ezrique kelihatan selesa dan tidak janggal.

Selepas lebih setahun berkahwin, Syamim yang juga pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2015 mengakui kehidupann­ya kini banyak berubah.

Menurut Syamim, dia banyak belajar erti kehidupan sebagai suami isteri. Paling penting juga sepanjang tempoh itu adalah masa untuknya lebih mengenali hati budi suami.

“Selepas berkahwin kehidupan saya lebih kepada tanggungja­wab terhadap suami dan rumah tangga. Paling ketara, saya mengambil keputusan berehat daripada bidang seni dengan memberi fokus kepada perkahwina­n yang baru dibina.

“Apatah lagi saya nak memberikan masa untuk diri sendiri mengenali hati budi suami. Bukan apa, sebelum berkahwin kami hanya berkawan selama enam bulan. Saya berasakan masa itu belum cukup.

“Sepanjang tempoh perkahwina­n juga, saya belajar erti berkongsi.

Dalam keluarga saya anak perempuan tunggal dan tak pernah berkongsi apa benda sekali pun dengan adik-beradik lain. Perhatian ibu bapa pun lebih kepada saya. Jadi apabila berkahwin, saya perlu berkongsi semua perkara dengan suami,” katanya.

Paling penting, Syamim belajar bertolak ansur. Tidak ada lagi istilah dirinya saja yang betul.

“Apa saja keputusan perlu dibawa berbincang.

Saya juga tak boleh terlalu mengharapk­an perhatian daripada suami sepenuh masa kerana dia juga mempunyai urusan lain,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupann­ya yang sering dilihat bercuti ke luar negara, Syamim berkata, dia dan suami memang mempunyai hobi sama iaitu melancong.

Namun, mereka lebih selesa merealisas­ikan percutian itu pada saat akhir tanpa merancang lebih awal.

“Selepas tamat kontrak dengan HLive! saya memang banyak bercuti dengan suami. Bukan apa, ketika bekerja saya tak berkesempa­tan pergi bercuti atau melancong. Lagi satu, kalau kebetulan suami

ada tugasan di luar negara, saya pun ikut serta kemudian kami sambung bercuti.

“Kami tidak pernah menetapkan berapa kali dalam setahun pergi bercuti, tetapi suka merancang pada saat akhir. Jika teringin nak bercuti di sesebuah lokasi, kami terus membeli tiket.

“Kami tak suka merancang lebih awal. Sebab jadual kerja suami saya tak tentu masa. Cuma rutin tahunan bercuti bersama keluarga mentua memang ditetapkan pada setiap hujung

tahun,” katanya.

Tak tertekan soal anak

Sama seperti kebanyakan pasangan lain yang baru berkahwin, mereka juga tidak terlepas daripada diajukan persoalan mengenai anak.

Namun, pasangan ini tidak mudah berkecil hati, jauh sekali berasa tertekan dengan soalan itu.

“Kami tak pernah merancang. Kami hanya mengikut aturan ditetapkan Allah SWT. Ini juga soal rezeki. Walaupun terdapat rakan yang baru berkahwin sudah memiliki anak, saya menganggap ini bahagian kami.

“Allah mempunyai perancanga­n yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Biarpun ramai yang bertanya mengenai perkara ini, kami tak pernah berasa tertekan malah jauh sekali nak menjadikan ia satu masalah besar.

“Saya beruntung kerana suami seorang yang ‘cool’ dan tak memberi tekanan kepada saya mengenai perkara ini. Kami sentiasa berdoa dan berusaha. Ini kerja Allah. Siapa kita untuk menidakkan­nya,” katanya.

Suami izin berlakon

Selepas terbabit sebagai pengacara, Syamim ingin melangkah setapak lagi dalam bidang seni sebagai pelakon.

Syamim mengakui sebelum ini dia pernah menolak dua tawaran berlakon kerana bertembung jadual kerja lain.

Kini, dia sudah bersedia berhadapan cabaran baru. Bagi Syamim, tidak ada perkara yang mustahil jika belum dicuba.

“Ketika menolak tawaran itu saya menganggap ia bukan rezeki. Jadi, tahun ini saya nak mencuba semula ceburi bidang lakonan. Tambahan pula sekarang saya di bawah pengurusan baru. Mereka banyak mengatur perjalanan kerjaya saya. Pengacaraa­n tetap ada, cuma saya nak mencuba sesuatu yang baru.

“Kalau nak tahu, sepanjang berehat, saya puas memujuk suami dan meyakinkan dia yang saya boleh membawa diri dalam bidang seni. Lamakelama­an dia okey asal saja saya pandai menjaga diri, maruah dan status.

“Alhamdulil­lah sekarang dia mulai menyokong.

Malah ibu bapa saya pun selalu berpesan kena pandai menjaga nama baik keluarga kedua-dua pihak,” katanya.

Kalau nak tahu, sepanjang berehat, saya puas memujuk suami dan meyakinkan dia yang saya boleh membawa diri dalam bidang seni. Lama-kelamaan dia okey asal saja saya pandai menjaga diri, maruah dan status

syamim

 ?? FOTO NIZAR HAFIZ MUSTAFA (INSTAGRAM: @NIZARHAFIZ­MUSTAFA) SOLEKAN REN RYZAM, KUALA LUMPUR (INSTAGRAM: @RENRYZAM)
PAKAIAN COSRY (INSTAGRAM: @COSRYOFFIC­IAL)
LOKASI PARKROYAL HOTEL, KL (TERIMA KASIH MR WARRENT) ??
FOTO NIZAR HAFIZ MUSTAFA (INSTAGRAM: @NIZARHAFIZ­MUSTAFA) SOLEKAN REN RYZAM, KUALA LUMPUR (INSTAGRAM: @RENRYZAM) PAKAIAN COSRY (INSTAGRAM: @COSRYOFFIC­IAL) LOKASI PARKROYAL HOTEL, KL (TERIMA KASIH MR WARRENT)
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia