Harian Metro

‘Mujur suami percayakan saya’

- DARI MUKA 1

“Secara logiknya, kalau seseorang individu membuat tindakan sedemikan, takkan dia nak kongsikan hal rumah tangganya kepada umum terutama kepada media atau blogger,” katanya.

Menurut Mia, dia akui berita yang dikeluarka­n blogger terbabit memberi kesan negatif hubungan dia dan suami.

“Suami sangat terkilan ketika membaca artikel berkenaan hingga bertanya sama ada saya ada membuat kenyataan itu. Mujur suami percayakan saya kerana dia tahu saya tidak suka terlalu terbuka untuk berkongsi hal rumah tangga kepada umum.

“Kami juga lihat perkara ini sangat negatif dan boleh menjejaska­n hubungan. Namun, saya bersyukur kami saling mempercaya­i antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Mia, walaupun ada waktunya mereka terpaksa tinggal berasingan, tetapi masih sering berhubung dan mengetahui pergerakan masing-masing.

“Buat apa saya perlu cemburu terhadap suami sedangkan saya tahu setiap pergerakan­nya. Walaupun terpaksa tinggal berjauhan, tapi kami selalu berhubung dan dakwaan berkenaan sangat tidak masuk akal.

“Saya masih waras dan ada Tuhan. Dia akan menjaga suami saya. Kalau ada perkara yang tidak baik berlaku, Dia pasti akan tunjukkan. Tidak perlulah sampai saya nak ‘spotcheck’ atau membuat perkara yang tidak masuk akal,” katanya.

Mia berkata, dia tidak menyangka berita terbabit begitu pantas menjadi tular sehingga ada pihak yang mempercaya­inya.

“Saya lihat penerimaan orang sesekelili­ng apabila melihat sesuatu isu hangat diperkatak­an, mereka pasti akan kongsikan walaupun tidak tahu sejauh mana kebenaran berita itu.

“Bagi saya, apabila sesuatu berita itu dikongsika­n tanpa usul periksa, ia akan mengeruhka­n keadaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mia bakal terbabit dalam sebuah drama bersiri terbitan TV3 berjudul Bilo Nogori Jumpo Kelate yang bakal ditayangka­n pada Oktober depan. -Najiy Jefri

Mia sifatkan dakwaan ‘spotcheck’ tidak masuk akal dan beri kesan negatif

 ??  ?? Suami sangat terkilan ketika membaca artikel berkenaan hingga bertanya sama ada saya ada membuat kenyataan itu
Suami sangat terkilan ketika membaca artikel berkenaan hingga bertanya sama ada saya ada membuat kenyataan itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia