Harian Metro

Single ketiga lebih serius

- Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

“Anda tidak sepatutnya berada dalam bidang ini (nyanyian),”

Demikian komen yang pernah dilafazkan Datuk Ramli MS kepada Aman Aziz, 22, ketika konsert separuh akhir Akademi Fantasia (AF) 2014 lalu.

Namun, kata-kata itulah yang menjadi pembakar semangat Aman untuk membuktika­n dia tidak pernah salah membuat pilihan.

Mengambil serius kritikan itu, Aman atau nama sebenarnya Mohammad Razman

Abdul Aziz memperbaik­i kelemahan dengan lebih mendalami muzik serta teknik nyanyian.

Selain itu, dia menjadikan pentas persembaha­n sebagai pengalaman dan pembelajar­an terbaik untuknya.

Selepas single pertama Without You diikuti LayangLaya­ng, yang kedua-duanya bernuansak­an irama

‘easy listening’, Aman memutuskan untuk hadir dengan karya yang lebih serius menerusi Sulit sebagai single ketiganya.

“Kali ini saya tampil dengan genre pop progresif. Lagu ini memerlukan penghayata­an yang mendalam dan sedikit sulit kerana ia mempunyai graf.

“Bermula dengan perlahan dan progresif pada korusnya. Dalam erti kata lain ia mempamerka­n karakter nyanyian yang lebih warna.

“Sulit menceritak­an kisah putus cinta berulang kali. Salah satu situasinya adalah cinta terlarang. Saya juga membayangk­an lagu ini sebagai metafora kesulitan saya untuk mencipta nama dalam bidang nyanyian,” katanya yang turut aktif sebagai pelakon.

Sempena kemunculan single terbaru itu, Aman juga mahu mencipta kelainan pada penampilan sebagai simbolik kepada kebebasan seni.

Dia juga berharap pihak pengurusan menyambut positif usulnya itu nanti.

“Saya mahu tampil dengan imej yang mungkin sedikit aneh pada pandangan mata kasar tetapi bagi yang mentafsir, ia tetap satu seni.

“Secara tidak langsung

Aman mahu cipta kelainan pada penampilan sebagai simbolik kebebasan seni

berkongsi dengan umum bahawa seni tidak terbatas pada nyanyian mahupun lakonan, tetapi juga kesenian yang lain,” katanya.

Berasal dari Klebang, Melaka, pemuda berkelulus­an Diploma Seni Reka Grafik ini berkata, sempena kemunculan single terbaru dia mengambil keputusan berehat seketika daripada lakonan dan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap muzik serta nyanyian.

“Sejak membintang­i drama Cinta Suci Jadi

Saksi bersama Elfira Loy arahan Micheal Ang, saya kerap mendapat tawaran selepas itu. Walaupun sudah semakin selesa berlakon, nyanyian tetap menjadi keutamaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia