Harian Metro

Tekad bangkit semula

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Selepas empat tahun tidak muncul dengan lagu baru, ramai tertanya-tanya mengenai perkembang­an juara Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar.

Ketika ditemui barubaru ini, pemilik nama sebenar Norhasmida­r Ahmad itu menjelaska­n dia banyak terbabit dengan persembaha­m di dalam dan luar negara.

Terbaru ini, Asmidar baru kembali dari Seoul, Korea Selatan selepas membuat persembaha­n di Pesta Lagu Asia apabila dia menyampaik­an tiga lagu iaitu Ghazal Untuk Rabiah, Mustika dan Ala Donde Si Donde.

“Dulu sewaktu masih di bawah Warner Music, saya tiada masalah mencari bahan untuk lagu baru.

“Kini, kontrak dengan syarikat rakaman itu sudah tamat dan saya banyak fokus terhadap persembaha­n lagu.

“Tidak dinafikan apabila sudah lama tidak muncul dengan karya baru, orang akan mula melupakan nama.

“Tambahan pula, industri muzik sekarang semakin meriah dengan kehadiran penyanyi baru,” katanya kepada RAP.

Anak seni berusia 31 tahun ini mahu bangkit semula dan merancang menghasilk­an lagu baru.

“Kali ini, saya mahu mengetenga­hkan kelainan dalam lagu baru dan bukannya lagu balada yang sedih.

“Oleh kerana saya memulakan karier sebagai penyanyi tradisiona­l, saya akan menyelitka­n elemen genre itu dalam lagu baru.

“Saya cuma mahu menjadi diri sendiri kerana sebenarnya jiwa bukan pada muzik balada,” katanya.

Bercerita pengalaman mewakili Malaysia di

Pesta Lagu Asia, penyanyi Bila Cinta Ada ini berkata, penduduk Korea Selatan sangat menghargai lagu tradisi dan memberi sambutan hangat terhadap persembaha­nnya.

“Saya berpeluang menyanyi dan diiringi okestra yang bermain alat muzik tradisiona­l dari negara itu. Pengalaman memang menakjubka­n dan daripada apa saya perhatikan, rakyat negara itu sangat menghargai lagu tradisi.

“Walaupun bukan penyanyi nama besar, saya cukup gembira apabila orang luar menghargai persembaha­n saya.

“Namun, situasi itu berbeza dengan Malaysia yang kebanyakan rakyat sekarang sukar menerima lagu tradisi,” katanya.

Dalam pada itu, Asmidar berharap pendengar tanah air bersikap terbuka dan dapat menerima muzik tradisiona­l seperti penduduk di negara lain.

“Saya sudah membuat eksperimen menggabung­kan lagu pop dengan elemen tradisiona­l bersama kumpulan Suri Chemara.

“Diharapkan pendengar dapat memberi peluang kepada lagu baru saya nanti,” katanya.

 ??  ?? Situasi itu berbeza dengan Malaysia yang kebanyakan rakyat sekarang sukar menerima lagu tradisi
Situasi itu berbeza dengan Malaysia yang kebanyakan rakyat sekarang sukar menerima lagu tradisi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia