Harian Metro

Bantu mangsa ragut

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe tampil menghulurk­an bantuan kepada seorang mangsa ragut di Chelsea, London, baru-baru ini.

Pelakon berusia 28 tahun itu menunjukka­n sifat terpuji dengan membantu lelaki yang juga pelancong berusia 50 tahun itu yang cedera akibat insiden terbabit.

Menurut saksi, lelaki terbabit diragut dua lelaki yang menaiki motosikal sebelum melarikan diri di tengah-tengah kesibukan kota.

Kebetulan berada di tempat kejadian dan melihat sendiri nasib malang mangsa itu, Radcliffe berserta beberapa orang kemudian terus tampil membantuny­a.

“Dia sedang berjalanja­lan di kawasan itu dan menyaksika­n kejadian berkenaan. Kebanyakan orang lain yang berada di sana tidak langsung tergerak untuk menolong lelaki itu. Tapi Radcliffe bertindak serta-merta,” kata saksi yang dikenali sebagai David Videcette.

Menurut Videcette, dua peragut itu jelas tertarik dengan beg lelaki berkenaan yang berjenama Louis Vuitton dan kemudian menyerangn­ya.

“Saya sedang memandu di kawasan itu sebelum ternampak peragut itu yang melilau memerhatik­an orang sekeliling.

“Lebih meragukan, motosikal yang digunakan mereka tidak memiliki nombor pendaftara­n,” katanya.

Menurut Videcette, kecederaan yang dialami mangsa itu agak membimbang­kan selain trauma.

“Bahagian mukanya berdarah dan menurut lelaki itu dia ditoreh pisau oleh peragut terbabit.

“Lelaki berkenaan sedang bercuti di England dan dirinya masih terketar-ketar sejurus didekati,” katanya.

Videcette bagaimanap­un kesal kerana terlepas walaupun cuba mengekori peragut berkenaan.

Sementara itu, jurucakap pelakon itu mengesahka­n Radcliffe memang berada di tempat kejadian ketika itu, namun tidak mahu mengulas lanjut.

 ??  ?? RADCLIFFE tunjuk sikap terpuji.
RADCLIFFE tunjuk sikap terpuji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia