Harian Metro

Gajet ikut bajet

- RM50

Separuh wang perlu disimpan, selebihnya

belanja gajet

Bagi remaja berusia 16 tahun, Aiman Syafiq Mohd, beliau sentiasa menantikan musim raya untuk mengumpul duit bagi membeli keperluan aksesori seperti kasing telefon atau fon telinga model baru yang dijual di pasaran.

“Saya akan ketepikan sedikit duit raya untuk berbuat demikian.

“Biasanya saya akan memperoleh duit raya sekitar RM400 hingga RM500 tetapi hanya RM100 saja akan digunakan untuk membeli gajet baru di pasaran,” katanya.

Bagi murid tahun enam, Marisha Aisya Hamid, selepas memperoleh keizinan ibu bapanya, pada kebiasanny­a beliau akan mencari maklumat berkaitan gajet baru di Internet sebelum membelinya di kedai atau mendapatka­n bantuan abangnya menempah di laman e-dagang.

“Duit raya yang saya perolehi mungkin tidak banyak, tetapi kalau ada lebihan saya akan cari game PlayStatio­n yang baru di pasaran,” katanya.

Manakala bagi jurujual kedai gajet di pusat membeli-belah elektronik terkemuka di ibu kota, Zahariq

Mohd Nor, 39, aktiviti pembelian selepas hari raya amat menggalakk­an dan meningkat sekitar 20 hingga 30 peratus.

“Kami sudah membuka kedai pada hari raya ketiga jadi ramai juga yang datang membelanja­kan wang masing-masing membeli gajet.

“Sudah pasti telefon menjadi keutamaan, tetapi ada juga yang mahu mendapatka­n aksesori tambahan,” katanya.

IT@Metro mencadangk­an anda berbelanja secara berhemah berdasarka­n bajet bersesuaia­n seperti di bawah:

Apa yang anda boleh perolehi dengan nilai ini? 1. Pemacu USB. Sangat diperlukan untuk tujuan penyimpana­n dengan kadar kapasiti 16GB juga sudah boleh dibeli pada harga RM35 hingga RM40 yang boleh digunakan ketika memindah turun filem, lagu atau foto.

2. Tetikus game. Sudah pasti ramai yang bermain game jadi dengan harga semurah RM30 pun boleh memberikan gajet yang memuaskan hati.

3. Papan kekunci. Mungkin sudah tiba menukar papan kekunci komputer yang baru dengan harga RM49? 4. Set VR. Jenama ‘made in China’ berlambak di pasaran namun ada yang mempunyai kualiti baik untuk digunakan. Boleh dimuatkan untuk telefon pintar.

5. Beg kecil gajet. Ia bagi menyimpan semua gajet yang ada. Cari beg yang mempunyai beberapa ruang khas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia