Harian Metro

Sony Xperia XZ Premium

-

Telefon 4K dengan slo mo

menyukai fungsi sebagai salah satu kreativiti dalam videografi.

Penguji juga mengagumi skrin jenis 4K yang biasanya anda boleh dapati pada teknologi sama TV Bravia namun kali pada saiz 5.5 inci

Teknologi jenis Triluminos pada 4K menghasilk­an paparan pada telefon pintar yang cantik. Jika anda menonton atau melihat foto, warna imej terpapar memang nampak hidup misalnya gambar bunga.

Penguji mencadangk­an, anda belajar mengenai Amazon Prime Video bagi menikmati paparan jenis 4K terbabit.

Salah satu ciri yang menjadikan­nya premium berbanding model XZ sebelum ini adalah rekaan berkilau pada bahan aluminium.

Memandang belakang telefon ini seakanakan melihat cermin dengan gelas yang direka berdasarka­n Corning Gorilla Glass 5.

Telefon ini juga boleh ditegakkan di permukaan rata tanpa sokongan lain namun masih kelihatan nipis dengan rekaan membulat di dua sisinya.

Seperti biasa, fon ini juga mempunyai penarafan IP65/68 yang juga kalis tumpahan air serta kotoran. Biasalah, cuaca di Malaysia pun bukan menentu.

Selain itu, tahukah anda telefon ini mempunyai kekuatan modem Snapdragon X16 LTE yang memastikan kelajuan data sehingga 1Gbps? Namun, belum ada syarikat telekomuni­kasi di Malaysia yang mempunyai kelajuan ini.

Menarik juga apabila model ini mempunyai kekuatan kamera Exmor RS 13 megapiksel dengan apertur f2.0 dan ia untuk kamera depan saja.

Cukup baiklah jika mahu berswafoto.

Kamera utama pula berdasarka­n resolusi 19 megapiksel namun ia boleh menghasilk­an foto cantik berdasarka­n kepantasan merakam dan penstabil imej yang baik.

Selaku pengeluar sensor kamera mudah alih utama, Xperia XZ Premium dilengkapi teknologi pengimejan terbaik Sony dengan tiga teknologi pengesanan imej iaitu sensor imej untuk mengekalka­n subjek dalam fokus, sensor fokus auto laser bagi mengukur jarak objek dan memastikan subjek sentiasa tajam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia