Harian Metro

Ramai masih belum sedar fungsi Waze

-

Waze satu aplikasi memandu paling popular hari ini kerana menyediaka­n laluan terbaik untuk perjalanan anda berdasarka­n jarak.

Dengan bantuan komuniti atau Wazer lain, Waze juga berupaya menyelamat­kan anda daripada kesesakan lalu lintas yang tidak dijangka sekali gus dapat menjimatka­n masa perjalanan pengguna.

Jadi di sini terdapat empat ciri Waze yang perlu anda ketahui untuk menjadikan­nya pembantu terbaik sepanjang perjalanan anda.

1.Pilih laluan terbaik- Menerusi Waze, anda boleh memilih perjalanan terbaik sama ada laluan terpantas dan dapat menjimatka­n masa mahupun laluan terdekat. Pilih laluan terbaik yang anda mahukan daripada senarai laluan yang ada.

2.Pilihan suara-

Selain laluan, pengguna juga dibenarkan untuk menukar suara penunjuk arah mengikut kehendak pengguna. Pergi ke Settings Sound & voice Voice directions. Waze turut membolehka­n anda merakam suara anda sendiri atau rakan untuk pengalaman pemanduan yang lebih menyeronok­an. Hanya klik Settings Sound & Voice Record my voice.

3.Elak saman pandu laju- Bagi mengelakka­n saman daripada pihak berkuasa, anda boleh tetapkan had kelajuan melalui aplikasi untuk memberi amaran jika anda melebihi had laju ditetapkan. Anda boleh memperdeng­arkan amaran apabila melebihi had kelajuan dibenarkan seperti 5 km/j, 10km/j, 15km/j.

4.Sync kenalan andaDengan cara yang sama, Waze membolehka­n anda untuk Sync kenalan dengan aplikasiny­a. Anda boleh pergi ke rumah rakan dengan hanya klik pada nama mereka. Selain itu, pengguna juga boleh menghantar ETA kepada kenalan supaya mereka tahu waktu ketibaan anda.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia