Harian Metro

Mcalls tawar data 5GB

-

Industri komunikasi kini lebih meriah dengan pemain baru, Mcalls yang juga pelan telekomuni­kasi berasaskan kad sim prabayar disasarkan khusus untuk belia dengan pelbagai tawaran menarik.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Sean Ng berkata, seiring dengan perkembang­an rangkaian, pelan Y33 SIM didatangka­n dengan 5GB data Internet mSuperSurf selain sambungan 4G LTE untuk memberi kelajuan pantas ketika pengguna melayari Internet.

“Mcalls menawarkan panggilan pada kadar 15 sen untuk 30 saat serta 20 sen bagi setiap SMS ke semua rangkaian tempatan dan IDD antarabang­sa.

“Di samping kadar panggilan dan SMS yang rendah, pengguna juga berpeluang menikmati panggilan percuma selama 33 minit dan 33 SMS ke semua rangkaian tempatan bersama RM2 kredit M2CAR,” katanya pada majlis pelancaran Mcalls dan kedai telekomuni­kasinya di pusat beli-belah Sunway Pyramid, barubaru ini.

Tambahnya, setiap pengguna yang berdaftar turut bakal menerima enam kredit MMspot, sebuah aplikasi ganjaran pilihan yang direka dengan fungsi akses mudah bagi memenuhi keperluan harian pelanggan.

“Dengan MMspot, pengguna bukan saja dapat membuat tambah nilai secara automatik, malah ia menawarkan pelbagai fungsi lain seperti membolehka­n pembayaran bil.

“Bahkan, aplikasi berkenaan boleh menjadikan telefon pintar sebagai pembantu peribadi untuk urusan perniagaan,” katanya.

Dalam usaha memperkena­lkan jenama Mcall sekali gus memperluas­kan capaian pengguna, Mcalls bakal menjadi penaja rasmi bagi K- Wave Music Festival yang bakal diadakan di Sunway Lagoon pada 5 Ogos depan.

 ??  ?? SEAN (tengah) bersama eksekutif Mcalls.
SEAN (tengah) bersama eksekutif Mcalls.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia