Harian Metro

ANGKAT MARTABAT SENI TARI

-

Raziman bercita-cita buka akademi dalam usaha pertahan warisan budaya

New York.

“Saya merangka untuk membuka akademi dan syarikat seni tari di Sarawak selepas tamat pengajian nanti dan mengkaji semua tarian kita yang kaya serta unik agar tidak dilupakan.

“Selain itu, saya juga ingin membuat kerja sukarelawa­n dengan memberi pendedahan kepada anak muda tempatan mengenai bidang seni tari.

“Tarian adalah lambang budaya jadi, saya tidak mahu generasi akan datang tidak tahu identiti dan budaya kita.

“Pentingnya kita menjaga dan mengekalka­n tarian sedia ada,” katanya.

Anak muda yang bakal melanjutka­n pengajian Master in Fine Art Performanc­e Choreograp­hy di Universiti New York ini berpendapa­t bidang seni tari di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah.

“Saya percaya bidang seni tari tempatan mampu pergi jauh kerana kita mempunyai ramai bakat besar. Namun, pendedahan seni tari tidak meluas dan semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan dalam mengangkat martabat seni tari.

“Seni tari tidak boleh dilihat dalam cabang pelanconga­n saja malah ia perlu diterapkan dalam pendidikan sejak peringkat sekolah rendah.

“Ibu bapa juga perlu memberi galakan dan dorongan kepada anak yang cenderung pada bidang ini. Jangan fikir tarian hanya hiburan semata-mata dan sekiranya ada minat serta usaha tidak mustahil anda mampu pergi jauh.

“Saya sendiri sudah mengubah hidup tanpa dijangka daripada anak penoreh getah kini pencapaian membanggak­an keluarga,” katanya yang mengharumk­an nama negara apabila meraih pingat emas dalam pertanding­an seni tari di Los Angeles pada 2012.

Walaupun memenangi pelbagai anugerah dan penghargaa­n, Raziman berkata, pencapaian terbesar buat dirinya setakat ini adalah memperoleh tajaan lebih RM650,000 untuk menyambung pengajian pada September ini.

“Saya sudah lama menyimpan hasrat menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang seni tari tapi niat itu terbantut kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Kos untuk belajar di sana melebihi RM500,000. Sepanjang dua tahun ini saya bekerja keras mengumpul dana dan mendapatka­n biasiswa kerana mampu menjadikan cita-cita ini satu realiti.

“Selepas melalui beberapa temu duga dan berusaha, saya berjaya mendapat tajaan Yayasan Sarawak dan ia membuka jalan untuk menyambung pengajian di sana,” katanya.

Katanya, tajaan RM650,000 bakal digunakan untuk yuran pengajian dan kos sara hidup di sana dan masih memerlukan dana RM40,000 untuk menampung kos insurans.

“Tajaan yang saya terima tidak menampung kos insurans selama dua tahun iaitu RM40,000 jadi, saya dalam usaha mendapatka­n dana itu melalui jualan tiket persembaha­n,” katanya berkeboleh­an mempersemb­ahkan lebih 50 jenis tarian tradisiona­l dan kontempora­ri dari seluruh dunia

Menurut Raziman, dia bakal mengadakan persembaha­n yang diberi nama ‘Nombor Seven’ yang bakal berlangsun­g pada 29 dan 30

Julai ini di Black Box, Publika, Kuala Lumpur.

 ??  ?? RAZMAN
RAZMAN
 ??  ?? RAZIMAN menerima tajaan RM 650,000 daripada Yayasan Sarawak bagi melanjutka­n pengajian sarjana di Universiti New York pada September ini.
RAZIMAN menerima tajaan RM 650,000 daripada Yayasan Sarawak bagi melanjutka­n pengajian sarjana di Universiti New York pada September ini.
 ??  ?? GIAT memperjuan­gkan bidang seni tari di negara ini.
GIAT memperjuan­gkan bidang seni tari di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia