Harian Metro

LAHIRKAN PENUNTUT CEMERLA

-

Exco Akademik dan Kerjaya MPP UMS anjur English Day setiap Selasa

Mahir direalisas­ikan, Exco Akademik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurk­an program English Day pada setiap Selasa.

Program itu yang mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Exco Akademik Persatuan Mahasiswa dan JAKMAS dilaksanak­an bertujuan mendidik penuntut lebih beryakinan berbicara dalam bahasa Inggeris.

Ahli Exco Akademik dan Kerjaya MPP UMS Mariam Arasad, 21, berkata, penuntut mendapat banyak manfaat di sebalik program itu.

“Inisiatif ini pastinya akan mewujudkan persekitar­an berbeza dalam kalangan penuntut. Ini kerana mereka digalakkan berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris di samping menyertai pelbagai aktiviti berfaedah.

“Antara aktiviti dijalankan ialah Spelling Bee dan

Word Search, cerpen serta pertanding­an klip video. Program ini disertai semua penuntut dari fakulti berbeza. Di samping itu, setiap fakulti mempunyai kebebasan mengadakan aktiviti mengikut cara masing-masing,” katanya yang juga pelajar tahun dua jurusan perubatan.

Selain memperkasa­kan bahasa Inggeris dalam kalangan penuntut, program ini menggalakk­an mereka mengetahui perkataan yang sukar difahami dan mengeratka­n silaturahi­m antara satu sama lain.

“Sebagai contoh, peserta boleh mengetahui istilah diguna pakai untuk bidang tertentu dalam bahasa Inggeris. Ini bagi memastikan penuntut bersedia apabila bergelar graduan kelak. Ia perlu dipupuk dari awal,” katanya.

Program akan datang yang diberi nama Selangkah Ke Menara Gading 2017

(SEMEGA) menanamkan sifat kepemimpin­an dan motivasi dalam diri pelajar sekolah menengah.

“Ia akan berlangsun­g selama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia