Harian Metro

Butik berkonsep santai

Hilmi dahulukan khidmat pelanggan untuk mendidik ibu bapa

-

DARI MUKA 15

Bertemu pemilik butik Mom’s House, Hilmi Hamid, siapa sangka bapa kepada dua anak ini mempunyai bakat besar dalam meluaskan perniagaan berasaskan keperluan ibu dan bayi.

Isteri tercinta ibarat rakan kongsi dalam membina hidup, keluarga dan perniagaan. Keduaduany­a bukan setakat berpadu bakat dan kelebihan, malah saling toleransi dalam tugas dan tanggungja­wab.

Menurut Hilmi, dia cukup seronok mengurus dan mengendali­kan perniagaan yang daripada pandangan kasar umum dimonopoli wanita dan Melayu.

“Kami bermula di Alam Avenue, Shah Alam dan kini membuka cawangan baru di Setia Alam. Konsep di sini (Setia Alam) lebih santai dan tenang kerana saiz butik yang luas dan lapang.

“Anak boleh dilepaskan bermain bebas kerana kami mengamalka­n syarat membuka kasut. Sementara ibu bapa pula boleh bersantai bebas di sudut tertentu sambil memilih keperluan mereka,” katanya.

Jelas Hilmi, dia sedaya upaya menerapkan kaedah paling santai untuk jaminan keselesaan bagi setiap pelanggan yang datang ke butiknya.

“Jika orang lain lebih suka menjalanka­n perniagaan secara terus, kami pula mendahuluk­an khidmat pelanggan untuk mendidik ibu bapa mengenai asas, penjagaan dan keperluan bayi.

“Bermula dari fasa mengandung, berpantang, menyusukan hinggalah membesarka­n bayi, kami bersedia membantu ibu bapa mendapatka­n yang terbaik. Usah bimbang dengan harga kerana ia bermula daripada paras mampu milik sehingga kepada variasi mewah,” katanya.

KONGSI PENGETAHUA­N

Menyedari ramai ibu bapa baru yang masih samar-samar dengan ilmu asas dan keperluan bayi, Hilmi mengambil inisiatif mengembang­kan segmen informasi produk untuk panduan setiap pelanggann­ya.

“Saya selalu mengingatk­an pekerja supaya mengutamak­an pengetahua­n ibu bapa terlebih dulu sebelum memberi mereka ruang untuk membuat pilihan. Di sini, ramai kaum ibu datang untuk mendapatka­n khidmat nasihat dari segi penggunaan pam menyusu dan jenis bersesuaia­n dengan keperluan serta kehendak peribadi mereka.

“Kalau di luar, ibu mungkin hanya boleh menilai kesesuaian produk daripada label, gambar atau melihat sampel menerusi almari kaca, di sini kita beri mereka ruang untuk mencuba.

“Melalui cara ini, mereka boleh memilih produk yang tepat dan bersesuaia­n dengan keperluan serta bajet. Paling penting, mereka boleh berbelanja dengan bijak tanpa perlu membazir pada masa akan datang.

“Paling penting khidmat nasihat dan cadangan yang kita beri adalah percuma. Sekurang-kurangnya mereka faham fungsi dan keperluan, walaupun pada akhirnya nanti tidak jadi membeli,” katanya.

Selain jualan di premis, Hilmi berkata, pelanggan yang jauh juga boleh mendapatka­n keperluan menerusi kedai dalam talian di Facebook dan Instagram.

“Saya percaya, kepuasan berniaga bukanlah pada untung semata-mata. Kalau setakat hendak menjual, mungkin pelanggan akan datang sekali dan pergi. Jadi, apabila kita bawakan perkongsia­n dengan pelanggan, mereka nampak lebih seronok,” katanya. -Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? AKSESORI bayi dijual pada harga lebih murah.
AKSESORI bayi dijual pada harga lebih murah.
 ??  ?? PILIHAN pam menyusu.
PILIHAN pam menyusu.
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN barangan keperluan yang ditawarkan butiknya.
SEBAHAGIAN barangan keperluan yang ditawarkan butiknya.
 ??  ?? HILMI
HILMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia