Harian Metro

Tiada garis duka

-

Tiada garis duka pada riak wajahnya. Malah,

Salwa Mohd Saleh begitu positif berkongsi cerita suka dukanya bersama suami, Khairil Idham

Ismail, membesarka­n ketiga-tiga anak. Wanita ini nekad membantu lebih ramai ibu bapa yang senasib dengannya untuk bangkit memperjuan­gkan keistimewa­an anak masingmasi­ng.

Walaupun keterbukaa­nnya membicarak­an perihal anak sejak April lalu mengundang pelbagai reaksi, namun Salwa gembira dan bersyukur kerana berupaya membuka banyak mata dan minda ibu bapa untuk peka terhadap perkembang­an anak.

KEUNIKAN IMRAN

Menganggap keluargany­a lebih istimewa berbanding orang lain, Salwa berkata, dia mula menyedari perbezaan pada anak sulungnya sejak empat tahun lalu dan mengambil keputusan mengkaji sebelum merujuk masalah kepada pakar.

“Kisah keluarga yang sedikit istimewa. Banyak reaksi yang saya terima dan rupanya ramai orang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai masalah pembelajar­an kanak-kanak. Sebab itulah saya dan suami mengambil keputusan untuk terus berkongsi dengan umum,” katanya.

Menurut Salwa, anak sulungnya, Imran berusia lapan tahun, kedua I’jaaz (enam) dan bongsu, Israa’ (tiga). Uniknya, ketiga-tiga anak lelaki kesayangan­nya didiagnos mempunyai masalah pembelajar­an.

“Saya sentiasa memantau perkembang­an Imran sejak kecil hingga besar. Ketika Imran berusia empat tahun, saya berhenti bekerja dan menguruska­n sepenuhnya anak dari rumah. Saya mula memantau perbuatan dan pergerakan anak dari dekat. Ketika Imran berusia tiga hingga empat tahun, dia mengalami masalah lambat bercakap dan tidak boleh berkomunik­asi dengan baik. Namun semua itu kembali normal selepas dia dihantar ke taska pada usia empat tahun.

“Secara kasarnya, masalah lambat bertutur berjaya diatasi dan Imran boleh bergaul dengan baik. Cuma yang saya perasan pada Imran, dia ada sedikit ciri unik iaitu tidak akan fokus pada sesuatu perkara jika tidak berminat. Apa saja yang membabitka­n pengiraan, mengeja dan abjad seperti ABC, alif ba ta atau aktiviti lain membabitka­n pengiraan, mengeja dan sebagainya, memang dia tidak berminat. Pulang dari taska, jika disuruh membuat kerja rumah pun memang dia tidak akan fokus dan susah untuk habiskan.

“Pada awalnya, kami sangka ia normal kerana faktor usia, namun apabila usianya masuk ke lima dan enam tahun, ciri ini semakin menonjol. Imran sangat mudah marah, emosinya pula cepat berubah-ubah dan sukar menzahirka­n perasaan. Jadi, dari situ saya dapat lihat perbezaan yang nyata antara Imran dengan kanak-kanak lain,” katanya.

Jelas Salwa, selain faktor psikologi, dia juga mula meneliti kembali sejarah perubatan Imran yang kerap dimasukkan ke hospital ketika kecil, mempunyai masalah asma dan bronkitis, alah kepada makanan tertentu dan mempunyai ekzema yang teruk.

“Mungkin semua masalah ini berkumpul dan menjadikan Imran seorang yang berbeza.

Kami mula merujuk kepada pakar kanak-kanak dan hasilnya, kami dapati

Imran ketika itu usia masih samar, maksudnya sukar untuk menentukan kecenderun­gannya berdasar usia. Hasil persetujua­n dengan pakar, kami bersetuju beri Imran lebih banyak masa kerana dia mungkin belum matang atau lambat sikit berbanding kanak-kanak lain.

“Apabila Imran mendaftar di Sekolah Kebangsaan pada 2016, dia diharuskan ke kelas pemulihan. Selepas setengah tahun, kami masih belum dapat melihat perkembang­an memberangs­angkan dari Imran dan ramai guru menyedari masalahnya yang tidak boleh fokus dan kerap berada dalam dunia sendiri.

“Justeru, selepas berbincang dengan sekolah, Oktober lalu, kami mengambil keputusan merujukkan Imran kepada pakar psikiatri kanakkanak. Selepas saringan dan ujian, ketika ini, Imran didiagnos mengalami kelewatan perkembang­an global (GDD) yang lebih ke arah gangguan atau masalah intelek. Maksudnya, kematangan dan kapasiti Imran tidak setara dengan kanak-kanak seusia dengannya.

I’JAAZ KELIRU

Kata Salwa, I’jaaz juga normal dan banyak cakap. Namun pada usia

 ??  ?? SALWA bersama suami dan anak.
SALWA bersama suami dan anak.
 ??  ?? DARI kiri, Imran, Israa’ dan I’jaaz.
DARI kiri, Imran, Israa’ dan I’jaaz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia