Harian Metro

Roti Berinti Kimball pembuka selera

-

Dalam Syawal yang masih berbaki ini, ramai berebut menyempurn­akan ibadat puasa enam dan seterusnya menggantik­an puasa. Ketika ini ibu boleh mengajak anak terutama si gadis untuk berpuasa bersama, bagi melatihnya supaya segera melangsaik­an hutang puasa walaupun ia boleh dilakukan pada bila-bila sehinggala­h sebelum Ramadan akan datang.

Memang diakui, bukan mudah berpuasa dalam bulan raya, apatah lagi di saat orang sibuk mengadakan jamuan rumah terbuka. Sebaiknya, usahakan berpuasa pada hari bekerja atau sekolah, supaya pada hujung minggu anda sekeluarga dapat memenuhi jemputan itu.

Untuk memberi kelainan kepada juadah sahur, anda boleh mencuba Roti Berinti Kimball yang disediakan Cef Rohani Jelani. Ia bukan saja mengenyang­kan, bahkan boleh membuka selera. Jangan lupa sediakan susu, kurma dan pisang untuk membekalka­n tenaga sepanjang hari.

Roti Berinti Kimball

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit Saiz Hidangan: 5 orang Kos: RM13

Bahan inti:

2 sudu besar minyak

1 biji bawang, dicincang halus

3 sudu besar serbuk kari 300 gram daging cincang

Untuk roti:

3-4 sudu besar minyak 1 bantal roti sandwic 4 biji telur

1 sudu besar susu pekat ½ sudu teh garam 1 cawan air

½ cawan Sos Cili Kimball

Cara memasak:

1.Panaskan minyak, tumis bawang sehingga lembut atas api sederhana selama 5 minit. Tambah serbuk kari dan daging cincang. Masak selama 10 minit atau sehingga daging berwarna perang. Tambah sos lada hitam, sos tomato dan sayur campur. Masak lagi 10 minit. Perasa dengan garam. Tuang ke dalam pinggan hidang. Bila sejuk, campur dengan telur.

2.Sapu inti di atas sekeping roti dan lapis dengan sekeping roti lain seperti sandwic. Pukul telur, susu, garam dan air. Kemudian, celup roti sehingga serata.

3.Panaskan minyak dalam kuali leper atas api sederhana dan goreng sandwic secara bergilir. Jarakkan roti anggaran dua sentimeter. Bila sudah berwarna perang keemasan, terbalikka­n. Angkat dan hidang semasa panas dengan sos cili.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia