Harian Metro

Senarai kelengkapa­n bayi

-

Beli barangan penting ketika usia kandungan hampiri tujuh bulan

Internet. Antara yang penting adalah pakaian, peralatan mandi, selimut bayi, lampin pakai buang, tisu basah dan set bantal bersama tilam kecil.

2. KIRA JUMLAH PAKAIAN DIPERLUKAN

Tentukan berapa kali seminggu anda mencuci pakaian. Misalnya, apabila merancang mencuci seminggu sekali, mungkin anda memerlukan sekurang-kurangnya 10 pasang baju. Ambil kira keadaan cuaca. Musim hujan mungkin memerlukan baju lebih berbanding musim panas. Usah bazirkan wang membeli pelbagai jenis botol susu. Memadai hanya satu untuk tujuan kecemasan. Selebihnya, manfaatkan susu ibu untuk tumbesaran bayi anda.

3. BELI SAIZ PAKAIAN LEBIH BESAR

Bayi yang baru lahir cepat membesar. Jika anda mempunyai jangkaan berat bayi dalam kandungan, ia boleh membantu anda membeli dengan bijak. Misalnya, jika keputusan pemeriksaa­n ultra bunyi menjangkak­an berat bayi anda lebih tiga kilogram, beli baju bersaiz 3-6 bulan berbanding saiz O atau ‘newborn’. Begitupun, setiap jenama mempunyai corak dan saiz yang berbeza. Jangan terlalu bergantung kepada petunjuk saiz dan umur pada label pakaian.

4. LAMPIN PAKAI BUANG SAIZ S

Mengikut pengalaman kebanyakan wanita, lampin pakai buang saiz ‘newborn’ biasanya hanya muat sehingga bayi berumur sebulan. Dalam sesetengah kes, ia boleh dipakai seusia dua minggu kerana saiz bayi yang besar. Sebagai persediaan awal, memadai beli satu pek saiz bayi baru lahir dan satu pek bersaiz S.

5. MEMBELI DALAM JUMLAH BESAR

Membeli dalam jumlah besar tentunya lebih murah. Antara barang yang wajar dibeli dalam jumlah banyak adalah tisu basah, sabun bayi, sarung tangan dan baju. Anda mungkin boleh berjimat jika membeli di pasar raya besar atau pusat borong.

Seperkara lagi, jika jiran anda juga mempunyai anak kecil, anda mungkin boleh membeli borong dan berkongsi dengannya bagi mengurangk­an perbelanja­an. Bahkan dengan cara ini, anda dan jiran dapat menjimatka­n masa berbelanja kerana boleh bergilir membeli barang keperluan bayi dari semasa ke semasa.

6. MEMBELI KETIKA JUALAN MURAH

Jualan murah hujung tahun, jualan sempena perayaan dan diskaun minggu adalah waktu paling sesuai untuk berbelanja dalam jumlah yang besar. Beli pakaian dan set kelengkapa­n yang boleh dipakai tidak kira bayi lelaki atau perempuan. Sekurangku­rangnya anda boleh menyimpan kelengkapa­n yang tidak lagi digunakan kelak untuk kelahiran seterusnya.

7. MANFAATKAN KUASA INTERNET

Dalam dunia sekarang, jumlah peniaga maya semakin ramai yang kadangkala menawarkan produk bayi berkualiti pada harga lebih murah berbanding kedai fizikal kerana mereka tidak perlu membayar sewa kedai. Jadi, manfaatkan peluang ini sebaiknya, tetapi awas, jangan sampai tertipu. Sebaiknya cuba dapatkan lebih maklumat dengan bertanyaka­n kepada kawan maya atau pengguna lain mengenai produk berkenaan.

8. HADIAHKAN KHAZANAH BERHARGA UNTUK SI KECIL

Khazanah yang dimaksudka­n di sini adalah kitab muqadam atau al-Quran. Ini adalah pelaburan awal jangka panjang untuk kebaikan anda bersama. Luangkan masa setiap hari untuk membacakan ayat alQuran kepada anak, walaupun buah hati anda itu masih terlalu kecil untuk memahaminy­a. Ini antara langkah terbaik untuk anda mengisi masa berkualiti bersama anak dan bagi menjadikan hatinya mesra dengan kalam Allah. Percayalah al-Quran dan saat anda berdua menghayati­nya akan menjadi harta paling berharga untuk si anak apabila dia besar kelak.

Sumber: The AsianParen­t Indonesia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia