Harian Metro

GUBAHAN FIRDAUS ISTIMEWA

-

mampu sampai ke tahap ini. Ahli keluarga di Melaka juga banyak membantu,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik, selepas selesai empat semester nanti, Firdaus akan melalui latihan industri sebelum masuk ke bidang kerjaya. Keluargany­a memberi peluang dia hidup berdikari dan melakukan perkara hampir sama dengan rakan sebayanya walau kata Nor Hayati, kerisauan tetap tidak dapat dielakkan kerana keadaan Firdaus itu.

“Saya sentiasa risau.

Risau dia dibuli, ditipu dan macam-macam lagi. Ia biasa terjadi tetapi itu tidak mengehadka­n kami memberi Firdaus hidup senormal mungkin. Ketika dia di Kuala Lumpur, dia sama seperti remaja lain, untuk ke kolej perlu menaiki LRT atau memanggil teksi sendiri. Semuanya dia lakukan sendiri kerana ia kehendak dan minatnya,” sambungnya.

HARAPAN MENGGUNUNG

Pensyarah pengiring pada program menggubah bunga di depan media, Rosnita Hussin, membawa bersama dua teman sekelas Firdaus untuk menemani. Kehadiran mereka selain menyokong juga turut memberi semangat.

“Itu kawan-kawannya. Saya suka mendidik pelajar untuk sama-sama membantu individu seperti Firdaus, bukan membulinya. Selalu saya pastikan mereka melayan Firdaus dengan tanggungja­wab.

Tapi biasalah, remaja ini ada kenakalan sendiri. Sekiranya berlaku di depan saya, saya akan pantau. Begitu juga dengan rakan pensyarah yang lain.

“Sebelum ini ada juga kami menerima pelajar istimewa. Cuma, Firdaus dari segi penampilan kelihatan sama dengan pelajar lain dan orang tidak akan nampak dia mempunyai ADHD,” katanya mengakui Firdaus pelajar yang berdedikas­i.

Kata Rosnita, pengalaman mengajar Firdaus amat mengujinya dan dia pernah rasa putus asa.

“Sebab kita tengok dia sama dengan pelajar lain jadi kita akan rasa marah. Lamakelama­an baharu saya sedar pelajar seperti Firdaus memang ada tahapnya sendiri dan tidak sama dengan pelajar seusianya. Untuk memahami situasi itu bukan mudah.

“Inilah cabaran buat saya dan saya perlu atasinya. Saya belum berjaya sekiranya tidak berjaya membantu dan mendidik Firdaus sampai dia masuk ke dunia kerjaya. Saya selalu memberitah­u diri, bagaimana jika dia anak saya sendiri dan tidak mendapat pertolonga­n

 ??  ?? FIRDAUS begitu bersungguh­sungguh dan fokus.
FIRDAUS begitu bersungguh­sungguh dan fokus.
 ??  ?? BANGGA mempamerka­n hasil kerja kerasnya.
BANGGA mempamerka­n hasil kerja kerasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia