Harian Metro

Sejadah haruman mawar hantaran perkahwina­n

-

Lazimnya telekung dipilih sebagai hadiah atau dijadikan gubahan hantaran perkahwina­n. Sejadah pula jarang menjadi pilihan kerana kurang ciri eksklusif, selain tebal dan sukar digayakan di atas dulang.

Namun kini sejadah wangi dari Turki menjadi rebutan berikutan mempunyai tarikan bau wangian mawar yang semerbak dan mampu bertahan sehingga berbulanbu­lan.

Menggunaka­n label Fuzainy, sejadah dikeluarka­n usahawan muda Sharifah Fuzainy Syed Othman, 31, sesuai dijadikan hantaran perkahwina­n, pemberian kepada insan tersayang dan cenderahat­i korporat.

“Sejadah ini berbau wangi dengan haruman mawar yang memikat. Ditenun indah dengan motif menarik, sejadah ini tidak terikat dengan corak biasa seperti binaan Kaabah atau kubah masjid, sebaliknya mengetenga­hkan corak yang lebih segar seperti bunga,” katanya.

Jelas Sharifah, keputusann­ya mengusahak­an perniagaan sejadah wangi dibuat pada 2015, iaitu selepas pulang dari mengunjung­i Istanbul.

“Ketika melawat Istanbul, saya mencari cenderahat­i untuk keluarga dan ketika itulah saya terjumpa sejadah wangi buat kali pertama. Saya sangat teruja untuk berkongsi dengan orang ramai di Malaysia.

“Bermula dengan modal yang rendah, saya mula mencari pembekal sejadah wangi untuk dipasarkan secara komersial di Malaysia,” katanya.

Optimis meneroka segmen sejadah hadiah di negara sendiri, Sharifah Fuzainy hanya membawa masuk sejadah wangi yang berkualiti tinggi ke Malaysia.

“Saya sangat mementingk­an ciri eksklusif kerana setiap rekaan sejadah wangi yang diperkenal­kan adalah terhad. Ini memberi peluang kepada pembeli untuk memiliki yang terbaik, apalagi dijadikan hantaran.

“Selain motif eksklusif, kelebihan sejadah ini terletak pada baunya yang tahan lebih lama berbanding sejadah wangi lain. Jika dijaga dengan baik, haruman sejadah mampu bertahan sehingga enam bulan,” katanya.

Menurut Sharifah, pengguna juga tidak perlu risau jika bauan semakin hilang kerana dia turut menjual wangian sesuai untuk disembur bukan sahaja pada sejadah tetapi fabrik lain.

Sebagai tambah nilai, sejadah ini boleh dibungkus dalam kotak yang cantik. Ia boleh digandingk­an dengan botol wangian dan tasbih wangi bagi melengkapk­an lagi pemberian istimewa berkenaan. Panjang seunit sejadah adalah 114 sentimeter dan lebarnya 65 sentimeter.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia