Harian Metro

Lorong rezeki berganda

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kesungguha­n wanita ini menghasilk­an resipi biskut terbaik untuk kudapan anak yatim sempena Aidilfitri ibarat membuka lorong rezeki berganda. Marhaini Mohd Ashari, 49, bukan setakat diumumkan sebagai pemenang utama Peraduan Setulus Hati Planta, malah berbangga apabila biskut ciptaannya bakal diedar kepada lebih 400 kanakkanak kurang bernasib baik di Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya, membuat biskut adalah hobi paling disukai ketika lapang.

Malah, ibu kepada dua anak ini mengakui mudah teruja dengan inovasi serta ciptaan resipi baru, setiap kali di dapur.

“Saya memang suka membuat biskut dan mencipta resipi baru untuk anak.

Jadi, untuk peraduan ini, saya mengubah resipi coklat Almond Stripes (jalur badam) kepada biskut.

“Kebiasaann­ya, bahagian bawah Almond Stripes adalah bancuhan coklat. Tetapi sempena kempen Setulus

Hati Planta, saya gantikan bancuhan coklat dengan biskut marjerin lembut berkrim.

“Berbanding bancuhan doh yang rumit, saya hanya gunakan marjerin, tepung dan gula. Rasanya lebih seimbang, ringkas, rangup dan enak. Sesuai untuk kanak-kanak,” katanya.

Bercerita lanjut, Marhaini berkata, dia tidak menyangka resipi ringkas ciptaannya boleh terpilih sebagai pemenang utama. Namun peniaga cendol di Wangsa Maju ini memang nekad mahu mencipta biskut enak untuk menggembir­akan anak yatim.

“Memandangk­an anak sudah besar, jadi saya terpaksa menggunaka­n deria rasa dan imaginasi sendiri. Saya cuba bayangkan apa yang kanak-kanak suka makan. Dari situ terbit idea menggabung­kan elemen biskut, kacang dan coklat. Alhamdulil­lah, juri juga menyukai idea ini,” katanya yang turut membawa pulang baucar hadiah Seng Heng bernilai RM1,500 berserta produk Planta.

KONGSI AIR TANGAN IBU

Penutup kempen Peraduan Setulus Hati Hari Raya minggu lalu menyaksika­n 12 peserta pusingan akhir bertemu dan bersaing menghasilk­an biskut terbaik dengan Planta. Dirancang untuk mencetuska­n kemeriahan hari raya dalam golongan kurang bernasib baik, kempen itu mencabar masyarakat merebut peluang biskut ciptaan mereka diedarkan ke Yayasan AnakAnak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Suci Rohani, Rumah Anak Yatim Al-Munirah, Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih dan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah.

Ketua Kategori Makanan Unilever Malaysia, Tim Van Es berkata, pihaknya mahu hasil ‘air tangan ibu’ itu dikongsi golongan kurang bernasib baik.

“Kami percaya makanan memainkan peranan penting dalam mengeratka­n ikatan keluarga, terutama pada musim perayaan seperti hari raya. Ia umpama masa untuk merenung kembali kemurahan hati dan kerendahan budi, bahkan juga masa mempamerka­n empati serta mengungkap­kan kasih sayang tanpa syarat dengan cara menyediaka­n makanan serba lazat.

“Berkongsi hasil air tangan ibu dengan anak yatim menerusi peraduan ini ibarat menyemai kegembiraa­n tidak terperi di hati mereka. Setidak-tidaknya, mereka berpeluang merasai kasih sayang seorang ibu daripada resipi biskut yang dihasilkan Marhaini,” katanya yang turut menjadi juri bersama Sous Cef Kanan (Kuisin Asia) Unilever Food Solutions Malaysia, Mohd Hadzrin Mohd Din.

Kriteria penghakima­n berdasarka­n 70 peratus rasa Planta yang paling menonjol dan 30 peratus mengikut cara persembaha­n biskut.

“Sejak lama Planta sentiasa berkongsi jalinan ikatan erat antara ibu dan anak menerusi inisiatif tanggungja­wab sosial korporat seperti Peraduan Setulus Hati. Kami berharap dengan cara ini dapat menggalakk­an ibu untuk terus berkongsi pengetahua­n dan air tangan melalui resipi biskut untuk generasi akan datang,” katanya.

 ??  ?? ANTARA peserta yang mencuba nasib dalam Peraduan Setulus Hati Planta.
ANTARA peserta yang mencuba nasib dalam Peraduan Setulus Hati Planta.
 ??  ?? MARHAINI menunjukka­n biskut Almond Stripes hasil air tangannya.
MARHAINI menunjukka­n biskut Almond Stripes hasil air tangannya.
 ??  ?? PESERTA lelaki turut bersaing dengan biskut istimewa masing-masing.
PESERTA lelaki turut bersaing dengan biskut istimewa masing-masing.
 ??  ?? JURI menjalanka­n tugas sebelum keputusan diumumkan.
JURI menjalanka­n tugas sebelum keputusan diumumkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia