Harian Metro

REKOD 49 TAHUN LEBUR

Khairul catat rekod baru 20.90s di Terbuka Malaysia

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Rekod 49 tahun acara 200 meter milik Tan Sri Dr M Jegathesan akhirnya lebur selepas pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan mencatat rekod baru 20.90 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia semalam.

Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksika­n bagaimana yakinnya atlet yang mewakili Melaka itu melintasi garisan penamat dengan larian cukup bertenaga meninggalk­an pesaingnya lain.

Jegathesan melakukan catatan itu pada saingan separuh akhir Sukan Olimpik 1968 Mexico.

Khairul turut memecahkan rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang Kento Terada dengan catatan 20.94s, dilakukan pada 1996 di Kangar.

Malah pada separuh akhir, atlet yang mewakili Melaka itu turut mencatat masa terbaik musim ini dengan catatan 21.08s.

Khairul juga pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun lalu.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinka­n saya memecahkan rekod ini,” katanya.

Ditanya apakah rahsia di sebalik kejayaanny­a itu, Khairul berkata dia sentiasa percaya kepada doa dan tidak pernah meninggalk­an solat.

“Saya sentiasa bertawakal, solat dan memperbany­akkan doa kepada Allah.

“Jurulatih (Mohd Poad Kassim) hanya nasihatkan saya untuk berlari seperti ketika sesi latihan.

“Rekod ini sangat bermakna kerana saya dapat memperbaha­rui rekod yang bertahan selama 49 tahun,” katanya.

Khairul berkata, kejayaan itu memberi keyakinan kepadanya untuk memberikan yang terbaik pada temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan.

“Memang kejayaan ini memberi semangat sebab saya sudah mengetahui strategi yang perlu dilakukan pada Sukan SEA nanti,” katanya.

Tempat kedua turut dimenangi seorang lagi atlet negara Jonathan Nyepa yang mewakili Sarawak dengan catatan 21.29s.

Sementara itu, ratu pecut wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli yang mewakili Pulau Pinang turut cemerlang apabila mendominas­i acara 200m dengan catatan 24.12s.

Perak dan gangsa masing-masing turut dimenangi atlet negara dengan S Komalam mencatat 24.27s dan Siti Fatimah Mohamad 24.58s.

 ??  ??
 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? KHAIRUL (tengah) memperbaha­rui rekod kebangsaan dengan catatan 20.90s dalam acara 200m.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR KHAIRUL (tengah) memperbaha­rui rekod kebangsaan dengan catatan 20.90s dalam acara 200m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia