Harian Metro

LADANG BERAHI

> Kedudukann­ya tersorok dalam ladang kelapa sawit. Namun anehnya, saban malam pelanggan lelaki berduyun-duyun ke restoran itu. Rahsia ‘menu’ istimewa disajikan rumah makan itu akhirnya terbongkar apabila polis menyerbu dan menahan 21 pelayan pelanggan (GR

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Lokasinya tersorok di dalam sebuah ladang sawit namun pelanggan restoran berdekatan Simpang Dua, di sini, yang kebanyakan­nya lelaki datang bertali arus terutama pada waktu malam.

Persoalan apa menu istimewa restoran itu hingga mampu menarik ramai pelanggan akhirnya terjawab apabila 21 wanita warga asing yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dicekup di premis itu, kelmarin.

Siasatan awal polis mendapati restoran itu rupa-rupanya bukan sekadar menjual makanan dan minuman, namun turut berfungsi sebagai premis dua dalam satu dengan menyediaka­n GRO warga asing yang sedia menawarkan khidmat seks.

Bagaimanap­un, restoran berkenaan hanya sebagai pusat pertemuan untuk pelanggan memilih GRO sebelum diangkut ke lokasi lain untuk memuaskan nafsu.

Semua itu terbongkar hasil Op Noda yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diketuai Pegawai Turus D7, Deputi Superinten­dan V Annadurai kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Datuk Gan Tian Kee berkata, semua wanita yang ditahan membabitka­n 12 warga China, lapan warga Vietnam dan seorang warga Thailand berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Menurutnya, lima termasuk seorang wanita mengandung lima bulan yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Ketika serbuan, semua wanita terbabit didapati melayan sambil menemani pelanggan makan dan minum sebelum mereka disyaki dibawa pelanggan masing-masing ke lokasi lain untuk tujuan tertentu.

“Bagaimanap­un, ada antara mereka berjaya meloloskan diri menaiki motosikal dan kereta sebelum sempat ditahan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati GRO warga asing itu bekerja antara jam 5 petang dan 8 malam dengan tip diterima antara RM20 hingga RM50.

“Kami percaya GRO dibawa pelanggan ke lokasi lain kerana dikhuatiri dicekup pihak berkuasa pada waktu malam di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada GRO yang ditahan ialah wanita warga Vietnam yang mengandung lima bulan namun dia memberi alasan datang ke restoran berkenaan bersama suami kononnya seorang lelaki warga tempatan untuk menyertai sambutan hari lahir majikan suaminya.

Gan berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan dua wanita tempatan masing-masing berusia lingkungan 30-an dipercayai ‘penjaga’ semua GRO warga asing terbabit.

“Sebelum ini, premis berkenaan pernah diserbu polis namun pemilik masih berdegil dan terus menjalanka­n perniagaan tanpa permit di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaa­n di sekitar premis mendapati beberapa bilik kecil dipercayai dijadikan tempat privasi untuk pelanggan menikmati makanan bersama GRO sebelum dibawa ke tempat lain,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c), Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Wanita warga tempatan yang ditahan pula disiasat bagi kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit sah, mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ??
 ??  ?? RESTORAN yang tersorok daripada pandangan umum.
GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan D7 Perak.
RESTORAN yang tersorok daripada pandangan umum. GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan D7 Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia