Harian Metro

ZIONIS HALANG MASUK AL-AQSA

KANAK-KANAK GALANG GANTI PELURU GETAH BERTEBARAN

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Rejim Zionis semakin rancak bermain ‘sandiwara’ apabila mula menahan kanak-kanak sebagai ‘umpan’, selain melancarka­n serangan bersenjata bertalu-talu bagi menekan gelombang kebangkita­n warga Palestin rentetan isu penutupan Masjid al-Aqsa sejak

Jumaat lalu.

Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak berusia sembilan hingga 13 tahun ditahan rejim Zionis sejak isu berkenaan meletus, menjadikan keseluruha­n kira-kira 330 kanak-kanak meringkuk di penjara Israel.

Lebih kejam, serangan bersenjata dilakukan tentera awal pagi semalam terhadap warga Palestin, sekali gus mencederak­an 50 individu, lima daripadany­a parah.

Ketegangan antara rakyat Palestin dan rejim Zionis itu mula tercetus Jumaat lalu apabila umat Islam dihalang mengerjaka­n solat Jumaat di masjid suci berkenaan. Tindakan drastik itu dilakukan Israel selepas dua warganya ditemui mati di kawasan Masjid al-Aqsa.

Malah, tentera rejim turut menembak mati tiga pemuda Palestin sebagai tindak balas terhadap kematian warga Israel itu.

Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza Hamza Deirawi berkata, penahanan kanak-kanak itu dilakukan tentera atau pihak berkuasa rejim bagi mematahkan semangat rakyat Palestin.

“Sejak Jumaat, lima (kanak-kanak) ditahan termasuk seorang sekitar jam 9 pagi tadi. Ini adalah perkara keji rejim lakukan bertujuan menekan kami. Diakui, kami tertekan dengan perbuatan keji itu tetapi ia tidak akan mematahkan semangat seluruh warga Palestin untuk membebaska­n al-Aqsa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau mendakwa, sehingga kini 330 kanak-kanak sudah ditahan atau dipenjarak­an tentera Israel walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Hamza yang diminta mengulas mengenai situasi tegang antara pihaknya dan rejim Zionis berkata, disebabkan halangan untuk masuk ke Masjid al-Aqsa, ribuan warga Palestin mula berkumpul di pekarangan masjid suci itu.

“Kami berkumpul dan mendesak supaya sekatan ataupun larangan memasuki masjid suci ditarik semula. Sememangny­a ada provokasi antara kedua-dua pihak.

“Selepas solat Isyak malam tadi (kelmarin), tentera rejim mula menambah kekuatan anggota mengawal masjid suci. Kemuncakny­a, jam 2.30 pagi (7.30 pagi waktu Malaysia) rejim mula melepaskan tembakan.

“Mereka menggunaka­n gas pemedih mata dan peluru getah menyasarka­n semua yang berkumpul di kawasan itu termasuk kanak-kanak serta warga emas,” katanya.

Katanya, sebaik tembakan bermula, keadaan menjadi huru-hara apabila pemuda Palestin tetap cuba untuk melepaskan diri daripada sekatan.

“Usaha mereka gagal (merobohkan sekatan) disebabkan tentera rejim menghujani ratusan peluru ke arah lebih 3,000 rakyat Palestin yang berkumpul di situ,” katanya.

Katanya, sehingga kini 50 individu termasuk lima daripadany­a parah dan dikejarkan ke hospital berhampira­n.

“Jumlah mangsa yang cedera dipercayai bertambah,” katanya.

A’la Abdulrehma­n, 29, yang turut berada di kawasan kejadian ketika dihubungi Harian Metro berkata, apa saja tekanan dilakukan pihaknya tidak akan mengalah.

“Rakyat Palestin tidak akan membenarka­n rejim Israel merampas dan mencemarka­n kedaulatan Masjid al-Aqsa biarpun nyawa jadi taruhan. Kami sedia mati untuk masjid ini,” katanya.

Menurut A’la, mereka akan terus mendesak rejim Zionis supaya membuka kembali sekatan yang dikenakan terhadap orang Islam untuk memasuki masjid suci berkenaan.

“Kami sama sekali tidak akan tunduk... sebaliknya terus berjuang sehingga berjaya (bebaskan al-Aqsa),” katanya.

Ketegangan yang berlaku di Baitulmaqd­is mula merebak ke Semenanjun­g Gaza apabila dua nelayan parah ditembak tentera laut Israel ketika keluar menangkap ikan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, selain sekatan dikenakan bagi memasuki Masjid al-Aqsa, laungan azan juga tidak dibenar menggunaka­n pembesar suara di masjid suci berkenaan.

“Kami berkumpul dan mendesak supaya sekatan ataupun larangan memasuki masjid suci ditarik semula. Sememangny­a ada provokasi antara kedua-dua pihak”

Hamza

 ??  ??
 ??  ?? LEBIH 3,000 orang berkumpul menuntut untuk beramal ibadat di Al-Aqsa. Tindakan mereka mendapat tentangan keras tentera Israel. WARGA Palestin yang cedera dalam pertempura­n dikejarkan untuk rawatan.
LEBIH 3,000 orang berkumpul menuntut untuk beramal ibadat di Al-Aqsa. Tindakan mereka mendapat tentangan keras tentera Israel. WARGA Palestin yang cedera dalam pertempura­n dikejarkan untuk rawatan.
 ??  ?? PENDUDUK Palestin menunaikan solat sambil diawasi askar Israel di luar pekarangan Masjid al-Aqsa.
PENDUDUK Palestin menunaikan solat sambil diawasi askar Israel di luar pekarangan Masjid al-Aqsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia