Harian Metro

CIUMAN BERCERAI KASIH

- 10&11

Tampin: “Suami melambai kedua-dua tangan kepada saya dan anak (Muhammad Iqhwan Daniel, 4) sebaik melihat kami. Anak pula menangis melihat keadaan ayahnya ketika itu,” kata Nor Adziema Hussin, isteri kepada Mohamad Rosdi Musa, 28, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 2.5 Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh, semalam.

Nor Adziema, 27, berkata dia hanya mengetahui kemalangan itu selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.15 petang.

Menurutnya, dia berasa tidak sedap hati lalu segera ke lokasi untuk melihat keadaan suami yang ketika itu masih sedarkan diri.

“Sebaik tiba, anggota bomba berusaha untuk mengeluark­an suami yang tersepit di tempat duduk pemandu, manakala tiga pekerja kilang sudah berjaya dikeluarka­n orang awam.

“Saya panik melihat keadaan suami, tetapi dia memberitah­u tidak apa-apa cuma sesak nafas. Selepas dikeluarka­n, suami segera dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik hospital berkenaan, semalam.

Katanya, arwah suaminya bekerja sebagai pemandu van kilang kira-kira setahun lalu dan ketika kejadian arwah dalam perjalanan dari Jelai di sini ke Batu Berendam Melaka, untuk menghantar pekerja terbabit.

Nor Adziema berkata, arwah suami tidak menunjukka­n sebarang perubahan sebelum keluar rumah pada jam 1 tengah hari.

“Dia ada menyatakan hasratnya untuk membelikan basikal baru kepada Muhammad Iqhwan Daniel apabila mendapat gaji nanti. Bagaimanap­un, hasratnya itu tidak sempat ditunaikan.

“Walaupun saya kehilangan suami tercinta terlalu awal kerana baru lima tahun mendirikan rumahtangg­a, saya menerima takdir Ilahi ini dengan reda,” katanya.

Jenazah suaminya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jelai 2, Gemas, di sini, malam tadi.

 ??  ??
 ??  ?? HAFHIZUDDI­N mencium jenazah isterinya.
HAFHIZUDDI­N mencium jenazah isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia