Harian Metro

IDAMAN 1,000 LELAKI

 Tauke kuih bulan popular selepas kisah tular di media sosial

- >4

“Saya malu nak beritahu takut dituduh perasan, tetapi sejak kisah menjadi tular, hampir 1,000 lelaki ingin berkenalan.

“Sehingga kini, saya tak henti-henti menerima pesanan ringkas melalui WhatsApp dan Facebook daripada lelaki yang ingin berkenalan terutama selepas berita perniagaan kuih bakul serta bulan dilaporkan media cetak serta tular di media sosial.

“Namun, saya tolak dengan elok kerana ingin beri tumpuan terhadap perniagaan dan anggap kebanyakan mereka bergurau atau bersimpati atau mahu membantu,” kata Haziqah Nurul Huda Harun, 21, atau lebih mesra disapa Yaya, gadis kurang upaya (OKU) pembuat kuih bakul ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kuang, di sini, semalam.

Katanya, setakat ini, dia enggan memikirkan mengenai jodoh kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan.

Menurutnya, dia mengabaika­n saja setiap pesanan yang diterima berkaitan perasaan dan luahan rasa.

“Malah, ada juga yang saya sekat kerana terlalu berlebih-lebihan supaya tidak terus diganggu dan pada masa sama tidak memberi mereka sebarang harapan,” katanya.

Menurut Yaya, dia sentiasa mendapatka­n pandangan ibu bapanya dalam pelbagai aspek termasuk soal perasaan dan tidak bertindak sendiri kerana bimbang keputusan diambil akan mengeruhka­n lagi keadaan serta disalah tafsir orang sekeliling.

“Saya bahagia dengan apa yang saya kecapi sekarang. Ibu bapa dan adik-beradik sentiasa bersama, malah mereka sentiasa ada untuk membantu saya menguruska­n perniagaan kuih bakul dan kuih bulan.

“Fokus diberikan 100 peratus terhadap perniagaan kerana saya bercita-cita untuk lebih berjaya dalam perniagaan. Sekarang kuih bakul yang disediakan sudah memasuki pasaran Singapura, Brunei dan terbaru di Dubai.

“Hasrat saya untuk pasarkan kuih bakul ke seluruh negara termasuk mendapat pasaran luas di China.

“Di samping menyiapkan tempahan pelanggan sebanyak 20,000 hingga 40,000 kuih bakul setiap bulan, saya kini sibuk mengendali­kan urusan menyewa lot bangunan untuk dijadikan kedai di sekitar Kampung Bukit Kuang,” katanya.

Katanya, terbaru dia memperkena­lkan dua perisa baru kuih bulan iaitu Oreo dan Ferrero Rocher.

“Kedua-dua perisa itu dapat sambutan memberangs­angkan, di samping perisa lain yang menjadi kegemaran pelanggan iaitu kacang merah, lotus dan durian.

“Ramadan lalu, Yaya hanya mampu memenuhi permintaan pelanggan di Kemaman iaitu 7,000 pengeluara­n kuih bulan berikutan kekangan masa,” katanya yang akan menyiapkan 40,000 tempahan kuih bulan dari Singapura dan Brunei menjelang Pesta Kuih Bulan pada 4 Oktober depan.

 ??  ??
 ??  ?? HAZIQAH Nurul Huda menunjukka­n kuih bulan disediakan­nya.
HAZIQAH Nurul Huda menunjukka­n kuih bulan disediakan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia