Harian Metro

Kios langsai hutang di KLIA

 Imigresen saran LHDN, Jabatan Insolvensi contohi PTPTN mudahkan urusan rakyat hadapi sekatan ke luar negara

- Kalidevi Mogan Kumarappa danNabihah­Kamal am@hmetro.com.my

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyaranka­n Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Insolvensi Malaysia mewujudkan kios di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia yang disekat untuk keluar dari negara ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah mewujudkan kios mereka bagi memudahkan peminjam yang mempunyai tunggakan dan disekat dari keluar negara menjelaska­n bayaran selain memeriksa status senarai hitam masing-masing.

“JIM hanya urus tadbir 177 pintu keluar masuk negara dan bukan kami yang membuat sekatan berkenaan.

“Jadi, usaha PTPTN wajar dicontohi agensi lain yang berkaitan bagi memudahkan orang awam yang disekat ini, ” katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri JIM Kuala Lumpur, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Mustafar berkata, seramai 3,874 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada 12,279 individu yang diperiksa sudah ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Mega e-Kad di seluruh negara yang berakhir 30 Jun lalu.

Menurutnya, turut ditahan seramai 84 majikan dan 10 daripadany­a sudah menjalani proses perundanga­n.

“Jumlah tangkapan tertinggi dalam operasi ini membabitka­n warga Bangladesh iaitu 1,326 individu, diikuti Indonesia (994), Myanmar (350), Vietnam (178) , Thailand (161), Filipina (102) dan bakinya adalah dari negara lain.

“Daripada jumlah itu, JIM Kuala Lumpur mengadakan 52 operasi penguatkua­saan dan menahan 373 pati selepas membuat pemeriksaa­n terhadap 897 individu selain penahanan lima majikan antara 1 Julai hingga 15 Julai lalu,” katanya.

Mengulas berhubung aduan beberapa syarikat terkemuka yang mengalami kerugian besar akibat tindakan keras JIM, Mustafar berkata, operasi itu akan diteruskan bagi memburu majikan yang masih berdegil menggaji PATI walaupun ada pihak yang merungut berikutan operasi perniagaan mereka yang terjejas akibat operasi berkenaan.

 ??  ?? MUSTAFAR
MUSTAFAR
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia