Harian Metro

Tekad bantu golongan susah

-

Kuala Lumpur: Penyertaan Massimo by The Italian Baker Sdn Bhd sebagai rakan penaja program #HMKotakRez­eki2017 Ramadan lalu adalah usaha berterusan pengeluar roti berkualiti tinggi itu membantu golongan yang memerlukan.

Massimo yang sudah enam tahun berada di pasaran menyumbang lebih 15 jenis roti jenamanya kepada penerima Kotak Rezeki tahun ini, sesuatu yang amat dihargai penerimany­a.

Program Kotak Rezeki ialah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Harian Metro sebagai inisiatif berterusan Harian Metro untuk berkongsi nikmat dan rezeki bersama golongan yang kurang bernasib baik sempena Ramadan.

“Tahun ini adalah tahun kedua Massimo membabitka­n diri dalam program Kotak Rezeki.

“Sudah tentu kami gembira dengan penyertaan itu dan terus memperkena­lkan dua jenis roti terbaru iaitu chiffon in a cup pandan coconut dan chiffon in a cup cheese,” kata Massimo dalam kenyataan.

Sementara itu, segmen Singgah Sahur dan Masak di TV3 memberi peluang kepada Massimo berkongsi produk yang ada kepada mereka yang bekerja pada waktu malam.

“Kami menyampaik­an roti Massimo di balai polis, stesen bas lapangan terbang, pasar malam, balai bomba, hospital dan pejabat pos.

“Segmen Masak Apa pula menyediaka­n perkongsia­n Massimo kepada penonton cara menyediaka­n juadah berbuka puasa dengan produk Massimo. Sebenarnya, kami mahu berkongsi rasa cinta dan sokongan kepada mereka yang bekerja pada waktu malam dalam usaha memberi keceriaan kepada mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia