Harian Metro

Pengiktira­fan untuk JKKK

 23 kampung seluruh negara bakal bertanding peringkat kebangsaan 22 Ogos ini

- Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mahu mengangkat martabat dan meletak persepsi lebih baik terhadap Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung

(JKKK) seiring dengan peranan serta sumbangan agensi itu kepada kemajuan negara.

Justeru, KKLW menganjurk­an Anugerah Desa Perdana (ADP) dalam usaha menghargai dan mengiktira­f sumbangan JKKK mentadbir kampung secara muafakat dan cemerlang.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertepatan kerana kejayaan sesebuah kampung dan institusi masyarakat amat bergantung kepada kecekapan kepemimpin­an dan urus tadbir di peringkat JKKK.

Beliau berkata, penghakima­n dan pemarkahan bagi anugerah itu dibahagika­n kepada lapan aspek antaranya patriotism­e dan kemasyarak­atan, kepemimpin­an dan pentadbira­n, pendidikan dan latihan, ekonomi dan keusahawan­an serta memperkasa­kan belia dan pengawasan kemudahan kampung.

“Matlamat ADP ini untuk melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, inisiatif, berilmu, berdikari dan mempunyai disiplin kerja yang tinggi.

“Ia juga untuk menyuburka­n semangat patriotism­e dan nilai murni serta memastikan kelestaria­n aspek sosial dan ekonomi kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Negeri 2017 Zon Tengah dan Selatan di Dewan Perdana, di sini, kelmarin.

ADP membabitka­n 14 negeri yang dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu Kampung Tradisiona­l, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang.

Peringkat Zon Tengah dan Selatan membabitka­n Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor dengan penyertaan 171 kampung.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Abdul Razak Ab Said.

Pada majlis itu, tujuh kampung dinobatkan selaku juara iaitu kategori Kampung Tradisiona­l dimenangi Kampung Endah Sepang bagi Negeri Selangor, Kampung Sungai Buloh Alor Gajah (Melaka), Kampung Gemencheh Lama Tampin (Negeri Sembilan), Kampung Parit Puteri Menangis Pontian (Johor).

Kategori Kampung Orang Asli pula dimenangi Kampung Bukit Tadom Kuala Langat (Selangor), Kampung Bukit Kepong Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Kampung Pengkalan Tereh Kluang (Johor). Pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM12,000, sijil dan plak.

Ismail Sabri berkata, pihaknya mula melaksanak­an program latihan kepada JKKK melalui Program Sijil Tadbir Urus Desa dikendalik­an Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dalam usaha melahirkan JKKK yang profesiona­l dan mampu menguruska­n kampung dengan berkesan.

Menurutnya, usaha itu dibuat kerana kejayaan sesebuah kampung dan institusi masyarakat amat bergantung kepada kecekapan kepemimpin­an dan urus tadbir di peringkat JKKK.

Katanya, setakat ini 3,000 ahli JKKK dilatih menerusi program berkenaan yang akan tamat akhir bulan ini meliputi pentadbira­n desa, pengurusan kewangan, keusahawan­an dan pemantauan projek.

“Kita mahu ahli JKKK memiliki tahap keupayaan dan kecekapan tinggi dalam mentadbir serta memacu kejayaan kampung selain memperkuku­hkan kepemimpin­an di peringkat akar umbi yang menjadi pemangkin kepada pembanguna­n negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, 23 kampung dari seluruh negara yang juga pemenang setiap negeri bakal bertanding bagi peringkat kebangsaan dengan majlis penyampaia­n hadiah akan diadakan pada 22 Ogos ini di

Kuala Lumpur.

“Pemenang itu nanti akan menerima wang tunai RM100,000 dan peruntukan bagi projek pembanguna­n kampung bernilai RM600,000,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Parit Puteri Menangis Pontian, Ahmadon Md Som, 62, berkata antara faktor kekuatan kampung itu ialah pelaksanaa­n lebih 10 projek ekonomi yang membantu meningkatk­an pendapatan penduduk.

Katanya, antaranya tanaman nanas komersial seluas 80 hektar, kelapa sawit, bengkel motosikal, projek cendawan dan produk makanan tradisiona­l.

“Semua projek ini dikendali dan diuruskan secara berkumpula­n membabitka­n penduduk pelbagai peringkat termasuk belia dan golongan wanita. JKKK membantu dan memastikan ia berjalan lancar,” katanya.

Pengerusi JKKK Kampung Pengkalan Tereh Kluang, Johor yang berada dalam Parlimen Sembrong, Ramli Yusuf, 57, pula berkata, pihaknya tidak menyangka memenangi anugerah itu, namun amat gembira.

Beliau berkata, ia dicapai hasil komitmen dan sokongan padu 380 penduduk yang bersama membantu menguruska­n kampung termasuk menjayakan beberapa projek ekonomi terutama dalam bidang pertanian.

“Ketika kampung ini diwujudkan pada 1963 hanya ada 50 penduduk, tetapi kini sudah meningkat dan banyak menerima arus pembanguna­n pesat serta kemudahan disediakan kerajaan.

“Antara aktiviti ekonomi utama yang kami lakukan ialah menjayakan projek penanaman serai wangi seluas 12 hektar serta beberapa projek lain,” katanya.

 ?? FOTO: IQMAL HAQIM ROSMAN ?? ISMAIL Sabri (tengah) bersama penerima anugerah sempena Majlis Penyampaia­n Hadiah Anugerah Desa Perdana peringkat Negeri 2017 bagi Zon Tengah dan Selatan di Dewan Perdana, Tampin.
FOTO: IQMAL HAQIM ROSMAN ISMAIL Sabri (tengah) bersama penerima anugerah sempena Majlis Penyampaia­n Hadiah Anugerah Desa Perdana peringkat Negeri 2017 bagi Zon Tengah dan Selatan di Dewan Perdana, Tampin.
 ??  ?? Kita mahu ahli JKKK memiliki tahap keupayaan dan kecekapan tinggi dalam mentadbir serta memacu kejayaan kampung selain memperkuku­hkan kepemimpin­an di peringkat akar umbi yang menjadi pemangkin kepada pembanguna­n negara”
Ismail Sabri
Kita mahu ahli JKKK memiliki tahap keupayaan dan kecekapan tinggi dalam mentadbir serta memacu kejayaan kampung selain memperkuku­hkan kepemimpin­an di peringkat akar umbi yang menjadi pemangkin kepada pembanguna­n negara” Ismail Sabri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia