Harian Metro

11 lelaki sewa disko ekspres RM180 semalam kena serbu

-

Jertih: Tindakan 11 lelaki yang sebahagian besarnya remaja termasuk yang masih bersekolah berpesta dadah dan menjadikan

disewa seperti disko membawa padah apabila kumpulan terbabit ditahan polis dalam serbuan di Kampung Gong Kepas, dekat sini awal pagi semalam.

Pegawai dan anggota narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut yang mendapat maklumat awam membuat serbuan pada jam 2 pagi menahan semua mereka yang asyik mendengar muzik dalam keadaan khayal.

Ketua Polis Daerah Besut Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika serbuan, kumpulan terbabit enggan membuka pintu apabila diminta dan polis terpaksa mengumpiln­ya.

“Pemeriksaa­n mendapati semua suspek dalam keadaan khayal sambil mendengar muzik kuat.

“Empat daripada mereka adalah pelajar berusia 16 hingga 17 tahun dari dua sekolah menengah di daerah ini manakala tujuh yang lain berusia antara 18 dan 28 tahun,” katanya pada sidang media selepas sambutan Aidilfitri di IPD Besut, Kampung Raja, dekat Jertih hari ini.

Mohd Zamri berkata, kumpulan itu dipercayai menyewa rumah terbabit dengan harga RM180 sehari dua hari lalu untuk dijadikan pusat hiburan dan aktiviti penyalahgu­naan dadah.

“Kumpulan itu juga dikatakan berpakat mengeluark­an wang untuk menyewa rumah dan peralatan terbabit bagi aktiviti berkenaan,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaa­n, polis merampas dadah jenis Eramin 5, pil Ecstasy serta peralatan menghisap dadah selain peralatan pembesar suara serta lampu disko.

“Polis turut menemui senjata berbahaya termasuk parang, alat mencuri motosikal, serangkai kunci rumah dan alat muzik.

“Semua mereka kini ditahan reman empat hari sehingga 21 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? RUMAH inap desa di Kampung Gong Kepas yang disewa kumpulan lelaki untuk berpesta dadah.
RUMAH inap desa di Kampung Gong Kepas yang disewa kumpulan lelaki untuk berpesta dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia